Sebagai kesiapsiagaan menghadapi banjir, mari kita kenali Siren Amaran Awal Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran – JPS
Siren Amaran Awal Banjir JPS ini mampu memberi amaran awal banjir kepada penduduk setempat secara automatik melalui indikator paras semasa air sungai.
Sistem ini dilengkapi dengan teknologi yang membolehkan pemantauan kejadian banjir secara real-time monitoring dilakukan di setiap kawasan yang telah ditempatkan dengan siren tersebut secara 24 jam setiap hari.
Bunyi siren berkeupayaan menjangkau sehingga 1km jarak radius, sekaligus dapat membantu pihak penduduk dan agensi penyelamat memudahkan proses pemindahan dan dapat menyelamatkan banyak nyawa dan harta benda.
Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS)