
Pertandingan Video Agrobank ini adalah anjuran Jabatan Komunikasi
Strategik, Agrobank.
Tarikh Tutup : 16 September 2021
Tema pertandingan adalah APA KHABAR MALAYSIA? Ceritakan Kepada Kami.
a) Pilihan elemen yang boleh digunakan di dalam video:
• Budaya Malaysia yang unik
• Makanan tradisional Malaysia
• Aktiviti pertanian
• Pengalaman semasa menghadapi pandemik
• Semangat rakyat Malaysia untuk melawan keadaan semasa
b) Genre video pertandingan: Dokumentari.
Kelayakan : Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur
20 tahun sehingga 40 tahun.
Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan. Bagi penyertaan
berkumpulan, setiap kumpulan hendaklah tidak lebih dari tiga (3) orang
(termasuk ketua kumpulan).
Durasi setiap video hendaklah tidak melebihi tiga (3) minit. Tempoh ini
hendaklah termasuk montaj dan kredit.
Tawaran hadiah utama adalah seperti berikut:
Hadiah Tempat Pertama : RM5,000.00
Hadiah Tempat Kedua : RM4,000.00
Hadiah Tempat Ketiga : RM3,000.00
Hadiah Tempat Empat : RM2,000.00
Hadiah Tempat Kelima : RM1,000.0
Tawaran hadiah saguhati adalah seperti berikut:
10 hadiah saguhati disediakan dengan nilai RM500.00 untuk setiap orang pemenang.
Peserta harus membaca syarat dan tatacara yang dikeluarkan oleh Agrobank. HPM tidak bertanggungjawab atas kesilapan faham atau perubahan syarat pada masa akan datang oleh penganjur yang tidak disedari oleh peserta. Segala perubahan syarat, tarikh, hadiah atau apa-apa berkaitan pertandingan tidak ada hubungan secara langsung dengan HPM.