
Anda berbakat? Meminati bidang penulisan? Pernah menghasilkan karya dalam media cetak, media elektronik atau media sosial? Jangan lepaskan peluang keemasan untuk menyertai Minggu Penulis Kanak-kanak (MPKK) Tahun 2023. Program ini bakal melahirkan penulis kanak-kanak yang berpotensi untuk dibimbing secara terancang dalam bidang penulisan kreatif selain mengetengahkan bakat kanak-kanak ke dunia sastera dan penulisan.
Penyertaan adalah percuma! Ayuh, tunggu apa lagi!
Tarikh tutup penyertaan: 23 Julai 2023
Tarikh program: 26 – 30 Ogos 2023
Sertai sekarang! Tempat terhad kepada 25 orang peserta sahaja.
Caranya mudah, sila imbas kod QR yang tertera untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pendaftaran.