Pertandingan ini berkonsepkan “Vision Zero” iaitu satu pendekataan transformasi untuk menggabungkan tiga dimensi (keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan) di semua peringkat perkerjaan.

Tujuan pertandingan video ini adalah untuk memperluaskan publisti bagi promosi kesedaran keselamatan kesihatan pekerjaan (KKP) kepada golongan pekerja dan orang bekerja sendiri (OBS) termasuk majikan melalui medium media sosial.

Bertemakan Keselamatan Perjalanan Pergi/ Balik Kerja atau Perjalanan berkaitan perkerjaan. Pertandingan penghasilan video ini mengikut kreativiti sendiri sama ada dalam bentuk film pendek, vlog, video musik, parodi atau dokumentari.

Selain itu, Pertandingan Poster Digital yang bertemakan Janji Selamat, Pergi dan Balik Kerja secara kreatif dan selari dengan tema.

Tempoh pertandingan adalah dari 7 April 2023 hingga 9 Julai 2023.

Jadi, marilah ramai- ramai menyertai pertandingan video dan poster digital ini. Sebarang maklumat pautan penyertaan dan syarat- syarat pertandingan boleh didapati di https://visionzero.perkeso.gov.my/videokreatif2023.php

Leave a Reply