
Untuk Pelajar Sekolah Rendah, Menengah & Pra-Universiti
Taman-Taman Sabah dengan sukacitanya menjemput pelajar untuk menghadiri
PROGRAM RENJER MUDA TAMAN-TAMAN SABAH: PENJELAJAH LAUTAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2023
Taman-Taman Sabah merupakan agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar negeri Sabah dan berperanan dalam mengurus serta melindungi 6 buah taman marin dan 3 buah taman daratan di negeri Sabah. Program Pendidikan Alam Sekitar merupakan salah satu fungsi utama Taman-Taman Sabah dan telah aktif dalam penyampaian mesej serta amanat pemuliharaan alam sejak tahun 80-an.
Program Renjer Muda Taman-Taman Sabah: Penjelajah Lautan Peringkat Kebangsaan 2023 : “Wonders of Pulau Tiga Park”
Program Renjer Muda Taman-Taman Sabah: Penjelajah Lautan Peringkat Kebangsaan 2023 merupakan anjuran Taman-Taman Sabah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Program yang dianjurkan bersempena dengan Hari Laut Sedunia ini akan dilaksanakan pada 1 Julai 2023 secara dalam talian. Program ini menyasarkan penyertaan pelajar-pelajar sekolah daripada seluruh Malaysia.
Berikut merupakan senarai garis masa program sepanjang bulan bagi Program Renjer Muda Taman-Taman Sabah : Penjelajah Lautan – Wonders of Pulau Tiga Park

Syarat Penyertaan
- Penyertaan adalah percuma;
- Terbuka kepada pelajar sekolah di seluruh Malaysia dengan kategori berikut:
- Sekolah Rendah
- Sekolah Menengah
- Tingkatan 6/Pra-U
- Setiap penyertaan layak mendapat e-sijil penyertaan Peringkat Kebangsaan;
- Peserta perlu mendaftar sebagai Renjer Muda Taman-Taman Sabah di paltform website: https://eeprogramme.sabahparks.org.my/ kemudian log in untuk menyertai pertandingan kuiz.
- Soalan kuiz adalah berdasarkan video Wonders of Pulau Tiga Park yang ditayangkan semasa program;
- Pemenang dipilih berdasarkan markah tertinggi dan sekiranya terdapat peserta yang mendapat markah tertinggi yang sama, kepantasan menjawab soalan kuiz akan dipilih sebagai pemenang.
Sama-sama kita terokai “Wonders of Pulau Tiga Park” secara MAYA!
e-Sijil Penyertaan disediakan
Jawab kuiz & menang hadiah
Cabutan peserta bertuah
Program ini adalah TERBUKA kepada semua lapisan masyarakat & kongsikan makluman program ini kepada seluruh warga Malaysia di sekitar anda.
Untuk menyertai eeprogramme.sabahparks.org.my