Berita baik untuk semua penonton Alhijrah Plus!
Tarikh tutup penyertaan Pertandingan Menulis Review Rancangan Alhijrah Plus DILANJUTKAN ke 31 JANUARI 2023.
Rebut peluang untuk memenangi hadiah wang tunai sebagaimana tertera dalam poster dilampirkan.
Pilih satu rancangan yang anda pernah tonton, atau kalau belum berpeluang tonton, boleh muat turun aplikasi Alhijrah Plus, kemudian tonton drama yang tersenarai dalam poster di bawah.
Ulas apa yang anda rasa menarik untuk dikongsi bersama penonton lain, atau apa keistimewaan drama ini yang orang lain patut tonton juga.
Langkah 2:
Kemudian tulis pandangan anda sebanyak 400-500 patah perkataan, dan kirim bersama borang yang disertakan.
Seterusnya doalah, moga-moga tulisan anda menarik hati para juri dan layak memenangi salah satu hadiah wang tunai yang ditawarkan.
Semudah itu… selamat mengarang!
Bagi yang belum muat turun Alhijrah Plus, anda boleh berbuat demikian dengan mengunjungi www.alhijrahplus.com atau terus muat turun dari Google Playstore atau Apple Store.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Rokiah Ismail (010-9672375).
Jangan buang masa lagi, daftar sekarang di pautan https://forms.gle/ZqM7L7zqEuLff8yL9