ertandingan yang menguji kemampuan dan kebolehan pelukis dengan menghasilkan karya komik berdasarkan tema tertentu, ia kembali lagi!.

Sertainya dan anda akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai serta karya akan dicetak.

BERITA BAIK! Cabaran Komik Online Malaysia / CKOM pada kali ini ada tambahan kategori iaitu bawah umur 15 tahun.

OBJEKTIF PENGANJURAN CKOM

  • Untuk mencungkil bakat-bakat baharu.
  • Memberi ruang platform pelukis untuk berkarya dan berkongsi cerita dengan peminat Komik Malaysia.
  • Memberi peluang untuk karya komik diterbitkan.
  • Memeriahkan lagi bidang komik di Malaysia.

Best Hadiah ni :

HADIAH

KATEGORI TERBUKA

  • Tempat Pertama : Wang Tunai RM 2500
  • Tempat Kedua : Wang Tunai RM 1500
  • Tempat Ketiga : Wang Tunai RM 1000
  • 5 x Saguhati : Wang Tunai RM 700.
  • Karya yang menang juga berpeluang dicetak dalam sebuah komik antalogi terbitan Komik-M kelak.

KATEGORI PELAJAR (UMUR BAWAH 15 TAHUN)

  • Tempat Pertama : Wang Tunai RM 1000
  • Tempat Kedua : Wang Tunai RM 800
  • Tempat Ketiga : Wang Tunai RM 600
  • 5 x Saguhati : Wang Tunai RM 500.
  • Karya yang menang juga berpeluang dicetak dalam sebuah komik antalogi terbitan Komik-M kelak.

Jadi adik-adik yang berbakat boleh sertainya jangan lepaskan peluang ini !

Tema #CKOM8 kali ini ialah ‘SEKOLAH’.

Untuk mengetahui lebih lanjut baca syarat & peraturan serta cara menyertai : DI SINI

Jom sertainya dan anda berpeluang untuk menangi hadiah yang lumayan serta karya anda berpeluang untuk diterbitkan.

TARIKH TUTUP : 12 FEBRUARI 2023

Leave a Reply