Bermula 1 – 7 September 2021
Anjuran Jabatan Pendidikan Pulau Pinang dan MBD SPU.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Peraduan ini terbuka kepada warganegara Malaysia.
2. Tiada had umur di tetapkan
3. Cerpen yang dihasilkan mestilah sesuai untuk bacaan rakyat berbilang kaum di negara ini dengan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum, kepercayaan atau agama.
4. Setiap peserta dibenarkan menghantar tidak melebihi dua buah cerpen sahaja.
5. Cerpen yang dihantar mestilah bertaip di atas kertas A4 sebelah muka surat dengan jarak langkau dua baris dan jenis tulisan Arial fon 12.
6. Panjang teks cerpen adalah antara 500 hingga 1,000 patah perkataan .
7. Karya mestilah dihantar melalui link yang disediakan, satu dalam format P.D.F & satu lagi dalam format Word
8. Cerpen yang dihantar mestilah asli, bukan saduran, adaptasi, penyesuaian atau apa-apa sahaja yang membawa pengertian karya itu bukan karya asli dan belum pernah tersiar atau diterbitkan oleh mana-mana pihak.
9. Sekiranya cerpen yang dihantar ternyata melanggar mana-mana syarat, penyertaan akan dibatalkan dan jika telah memenangi pertandingan ini, maka hadiah tersebut terbatal dengan sendirinya dan hadiah perlu dikembalikan kepada pihak penganjur.
10. Cerpen yang memenangi hadiah akan dipertimbangkan untuk disiarkan dalam PAGE Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang & Majlis Belia Daerah Seberang Perai Utara.
11. Cerpen yang menyertai pertandingan akan menjadi hak milik penganjur boleh menerbitkannya dalam sebarang bentuk tanpa perlu meminta izin daripada penulis.
12. Semua penyertaan boleh menghantar hasil karya bermula 1-7 September 2021
13. Keputusan panel penilai adalah muktamad.
14. Hadiah pertandingan ditawarkan bagi :
Tempat Pertama : RM300.00 beserta sijil
Tempat Kedua : RM200.00 beserta sijil
Tempat Ketiga : RM100.00 beserta sijil
15. 100 penyertaan terawal akan mendapat sijil penyertaan daripada pihak urusetia.
Untuk maklumat lanjut :