
PERTANDINGAN MENULIS ESEI
Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 13 hingga 18 tahun
Tema esei mengikut kategori ialah;
- Kategori A – “Pengalaman menyambut Hari Kebangsaan.”
- Kategori B – “Hari Kebangsaan Era Norma Baharu.”
Esei hendaklah ditulis dalam BAHASA MELAYU.
Pertandingan ini berobjektifkan :
- Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis dalam kalangan peserta.
- Menyediakan wadah kepada peserta untuk menonjolkan bakat menulis dengan
menggunakan bahasa yang tepat, teratur dan gramatis secara kreatif. - Memupuk semangat cintakan negara dan menghayati erti kemerdekaan melalui bidang penulisan.
SYARAT PERTANDINGAN
3.1 Penyertaan pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia
berumur 13 hingga 18 tahun.
3.2 Pertandingan ini terbahagi kepada DUA (2) kategori iaitu :
PERTANDINGAN MENULIS ESEI
Kategori A – 13 hingga 15 tahun
Kategori B – 16 hingga 18 tahun
Setiap peserta HANYA boleh menghantar SATU (1) penyertaan sahaja.
Peserta perlu mengisi Borang Penyertaan (Google Form) yang disediakan.
Penyertaan yang tidak menyertakan Borang Penyertaan tidak akan dilayan.
Esei yang dihasilkan adalah berbentuk cerita pendek (cerpen) dan
berkonsepkan penceritaan.
Peserta diminta membaca dah meneliti sepenuhnya syarat dan cara cara penyertaan yang lebih terperinci di :