PERTANDINGAN MENULIS ARTIKEL NEGARA RAHMAH

Buat julung kalinya, ILMAN akan menganjurkan Pertandingan Menulis Artikel Negara Rahmah yang mana artikel yang terpilih akan dimuatkan dalam sebuah kompilasi artikel ILMAN.

Terma dan syarat penyertaan adalah seperti berikut:

1. Penyertaan terbuka kepada semua warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

2. Tiga tema penulisan untuk mencapai Negara Rahmah iaitu:• Perpaduan Nasional• Kepimpinan Kompeten dan Berintegriti• Kesejahteraan Rakyat

3. Setiap penyertaan adalah secara individu dan setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan.

4. Setiap peserta dikehendaki untuk ‘Like’ FB Page ILMAN: https://fb.com/ilman.my.

5. Setiap penyertaan mestilah dihantar melalui borang penyertaan yang disediakan iaitu https://forms.gle/C8cgj2rwXejYr9NQ6.

6. Artikel yang ditulis mestilah hasil penulisan sendiri, asli dan belum pernah disiarkan dalam mana-mana penerbitan. Plagiat adalah dilarang sama sekali.

7. ILMAN berhak untuk menerbitkan, menyunting atau menggunakan artikel peserta sepenuhnya (tanpa mengubah kandungan asal) dan akan memberikan kredit terhadap artikel peserta dengan memaparkan nama penuh peserta dalam penerbitan atau program ILMAN.

8. Artikel yang dihantar kepada ILMAN tidak boleh dihantar ke penerbitan lain.

9. Panjang artikel hendaklah antara 1,000 hingga 1,500 patah perkataan dan jumlah perkataan dicatat dengan tepat pada penghujung penulisan. Artikel hendaklah ditaip dalam halaman bersaiz A4 dalam jarak _double spacing_ menggunakan _font_ Arial (saiz 12).

10. Setiap peserta yang menang akan menerima hadiah berupa wang tunai seperti berikut:• Pertama: RM800 dan sijil penyertaan• Kedua: RM500 dan sijil penyertaan• Ketiga: RM300 dan sijil penyertaan• Saguhati: RM100 (20 peserta terpilih) dan sijil penyertaan

11. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada 31 OGOS 2021.

12. Pemilihan artikel yang telah dihantar adalah tertakluk kepada kelulusan tiga (3) orang juri bebas yang dilantik pihak ILMAN.

13. Keputusan pertandingan adalah muktamad.

Leave a Reply