
Pelbagai aktiviti menarik yang akan dilaksanakan, antaranya adalah perkongsian poster inforgrafik, tayangan video pendek/ animasi dan juga kuiz.
Terdapat lima kategori kumpulan sasar iaitu penjawat awam, pekerja sektor swasta, orang awam, mahasiswa IPTA/IPTS dan para pelajar sekolah menengah.
Dipelawa untuk menyertai kuiz ini sekiranya anda bekerja, belajar atau menetap di Negeri Sembilan. Kuiz ini dilaksanakan tanpa had masa dan setiap individu hanya dibenarkan menyertai satu kategori sahaja. Jawapan kuiz ini boleh dikemaskini (diedit) kerana ia dibuka selama 7 hari. Jawapan bagi soalan-soalan kuiz boleh diperolehi daripada pelbagai sumber termasuk laman web rasmi SPRM atau laman media sosial SPRM/ SPRM Negeri Sembilan. Dan terdapat tiga kata kunci rahsia yang hanya boleh diperolehi daripada laman media sosial rasmi SPRM Negeri Sembilan sahaja.
Info lanjut berkaitan program ini boleh diperolehi melalui laman web rasmi program: