TERMA DAN SYARAT
1. Pertandingan ini berlangsung mulai 1 Ogos 2021 (12:00 pagi) dan berakhir pada 31 Ogos 2021 (12:00 tengah malam) walau bagaimanapun, peserta boleh bermula sebaik sahaja Pertandingan ini dihebahkan / dimuat naik.
2. Hasil Penyertaan. Peserta boleh menghantar Hasil Penyertaan dalam tempoh tersebut. Penganjur berhak menolak sebarang penyertaan yang diterima selepas tarikh dan waktu yang ditetapkan.
4. Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia secara individu atau berkumpulan.
5. Penyertaan dan Pertandingan. i. Penyertaan adalah percuma ;ii. Hasil Penyertaan adalah dalam format MP4 dan berdurasi tidak melebihi 5 (LIMA) minit ;iii. Peserta perlu menyediakan VIDEO mengikut kreativiti bagi MENGHASILKAN POSTER berkonsepkan KOLAJ KRAF sempena Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan; iv. Saiz poster berukuran MINIMA 2 KAKI PERSEGI.
Pendaftaran penyertaan pertandingan boleh dibuat di pautan berikut: https://forms.gle/XtjXvrhVMo5reKJ88 Penyertaan peserta yang tidak lengkap dianggap TERBATAL.
Hasil Penyertaan perlu dihantar melalui e-mel contest@kraftangan.gov.my SERTA dimuat naik ke media sosial (Facebook / Instagram) masing-masing dan meletakkan tanda pagar seperti berikut ; #ilovekraftanganmalaysia #kolajimunisasikraf
Hadiah Pertandingan mengikut kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut ;Tempat Pertama : RM 1,000.00 Tempat Kedua : RM 750.00 Tempat Ketiga : RM 500.00 Penganjur akan menghubungi secara terus peserta yang berjaya memenangi kategori-kategori di atas untuk penyampaian hadiah yang berkaitan.
Sebarang pertanyaan, boleh dikemukakan kepada : Urus setia Pertandingan BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT KRAFTANGAN MALAYSIA Kompleks Kraf Kuala LumpurSeksyen 63, Jalan Conlay 50450 Kuala LumpurTel : 03-2162 7533 / 7459 / 012-3099261 / 011-70362656Emel : contest@kraftangan.gov.my