Pertandingan ini diadakan sempena Sambutan Hari Tibi & Kusta Peringkat Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya (JKWPKL&P) Tahun 2023.
Objektif: Meningkatkan kesedaran, komitmen serta sokongan pelbagai pihak terhadap usaha kawalan dan pencegahan penyakit Tibi.
- Penyertaan adalah secara individu. Setiap individu boleh menghantar lebih daripada 1 penyertaan video.
- Penyertaan ini terhad kepada mereka yang menetap atau bekerja / belajar di WP Kuala Lumpur / Putrajaya sahaja
- Karya boleh dihasilkan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya
- Karya mestilah idea asli dan tidak mempunyai unsur plagiarism
- Setiap karya yang dihantar akan menjadi hak milik Pejabat Kesihatan WP Putrajaya / Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya
- Video hendaklah berdurasi maksima 2 minit dan dihantar dalam format mp4.
- Video yang dihasilkan perlu mempunyai slogan “YES! We Can End TB”.
- Video boleh dihasilkan menggunakan media sosial seperti Instagram, TikTok atau apa sahaja aplikasi tetapi perlu disimpan dan dihantar dalam bentuk mp4 di Google Drive.
- Terdapat tiga kategori yang ditawarkan:
CARA-CARA PENYERTAAN
- Hasilkan video mengikut kreativiti masing-masing dan perlu dihantar sebelum / pada 13 Jun 2023
- Video perlu disimpan dalam Google Drive dengan nama fail ‘NamaPeserta_Kategori_nombor telefon’ dan dihantar dalam format mp4
- Pautan video tersebut perlu dilampirkan dalam borang penyertaan Google form berikut:
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK : YES! WE CAN END TB
Tarikh tutup penyertaan pada 13 Jun 2023.