Pertandingan Bercerita Kesihatan Pergigian (Bentuk Video) dianjurkan oleh Program Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia (PKP KKM) dengan kerjasama Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Melaka (BKPNM).
Pertandingan ini dianjurkan sempena Minggu Promosi Kesihatan Pergigian Tahun 2023 yang bertemakan “Mulut Sihat Pilihan Saya”.
SYARAT PERTANDINGAN
Syarat-syarat penyertaan Pertandingan Bercerita Kesihatan Pergigian (Bentuk Video) adalah seperti berikut:-
1.1 Pertandingan ini adalah percuma dan terbuka kepada semua murid sekolah rendah seluruh Malaysia bagi dua (2) kategori iaitu:
i. Umur 7-9 tahun
ii. Umur 10-12 tahun
1.2 Penyertaan adalah secara individu sahaja.
1.3 Setiap individu boleh menghantar satu (1) rakaman video penyertaan.
1.4 Rakaman video yang dikemukakan bagi tujuan pertandingan ini mestilah asli yang dihasilkan sendiri oleh peserta dan tidak melanggar hak-hak pihak ketiga (termasuk hak cipta).
1.5 Peserta dibenarkan memakai kostum, menggunakan prop (alat bantuan bercerita) dan perlu berada di dalam syot video sepanjang rakaman.
FORMAT PERTANDINGAN
2.1 Peserta dikehendaki mendaftar dan menghantar video sebelum atau pada 31 Mei 2023 menggunakan pautan google form berikut:
2.2 Spesifikasi video adalah seperti berikut:
i. Resolusi minimum adalah 720p atau 1280×720
ii. Format MP4/AVI/MKV atau MOV.
2.3 Video penyertaan hendaklah mengikut tajuk yang ditetapkan
i. Umur 7 – 9 tahun : “Pengalaman Saya Berjumpa Doktor Gigi”
ii. Umur 10 – 12 tahun: “Usaha Saya Untuk Mendapat Gigi Yang Cantik”
2.4 Panjang video mestilah berdurasi tidak lebih 3 minit.
2.5. Bahasa penyampaian wajib dalam Bahasa Melayu.
2.6. Sebarang suntingan video tidak dibenarkan.
2.7. Para peserta dibenarkan untuk menggunakan pelbagai jenis peralatan untuk merakam video.
Untuk syarat dan maklumat lanjut penyertaan, sila layari :
HADIAH PEMENANG
6.1 Setiap penyertaan akan mendapat e-sijil melalui emel yang diberikan.
6.2 Hadiah Pertandingan yang ditawarkan adakah seperti berikut:
SETIAP KATEGORI : HADIAH WANG TUNAI
Tempat Pertama -RM 300.00
Tempat Kedua – RM 200.00
Tempat Ketiga -RM 100.00