Terbuka Kepada: Pelajar Sekolah Menengah (13 tahun – 17 tahun)
Literasi kewangan dan pelaburan di kalangan remaja amat penting dalam pembuatan keputusan mengenai pendapatan dan perbelanjaan harian. Kurangnya kesedaran dalam pengurusan kewangan dan juga pelaburan pada peringkat awal akan menimbulkan pelbagai masalah kewangan pada masa hadapan. Oleh yang demikian, golongan remaja perlu bersedia dan mengetahui apakah risiko yang bakal dihadapi sekiranya pengurusan kewangan tidak efisyen dan terurus apabila mereka menuju ke fasa kehidupan yang lebih mencabar.
Sehubungan itu, Kursi Cemerlang Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali (YTI-UKM), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengambil inisiatif dengan mempelawa warga Malaysia yang berumur 13 tahun sehingga 17 tahun (pelajar sekolah menengah) untuk menyertai Pertandingan Teka Silang Kata bertemakan Literasi Kewangan, Pelaburan dan Pengurusan Risiko.
Pertandingan ini diadakan bagi memupuk kesedaran golongan muda mengenai mengenai ilmu-ilmu kewangan, pelaburan dan pengurusan risiko kepada semua peringkat komuniti terutamanya pelajar sekolah menengah di Malaysia. Terma dan syarat-syarat pertandingan telah dilampirkan di bawah.
Jom sertai! Hadiah menarik menanti pemenang yang berjaya.
Teka Silang Kata
Tema: Literasi Kewangan, Pelaburan dan Pengurusan Risiko
Terbuka Kepada: Pelajar Sekolah Menengah (13 tahun – 17 tahun)
Manfaat:
1. memberi inspirasi yang berbentuk pendidikan yang berkait dengan kewangan pelaburan dan pengurusan risiko.
2. memupuk kesedaran golongan muda mengenai ilmu-ilmu kewangan, pelaburan dan pengurusan risiko kepada semua peringkat komuniti.
Jom sertai, hadiah wang tunai dan sijil penyertaan menanti pemenang.
Pihak Kursi YTI-UKM memohon jasa baik warga media sosial untuk turut memanjangkan perkara ini kepada warga Institut Pengajian Tinggi, mahasiswa serta rakan-rakan untuk menyertai pertandingan ini.
Jangan lepaskan peluang ini ! Tarikh tutup 5 Mei 2023