Siapalah kita tanpa seorang guru. Bersempena dengan sambutan hari guru yang bakal tiba tidak lama lagi, PADU mengadakan pertandingan momen gambar inspirasi khas buat guru-guru di seluruh Malaysia. Menarik bukan?
Hanya perlu ikuti 4 langkah mudah ini:
Follow akaun media sosial PADU dan pastikan privasi akaun media sosial cikgu terbuka kepada βAWAMβ .
Kongsikan gambar momen inspirasi guru di sebarang akaun media sosial PADU di Facebook / Instagram atau TikTok dan βtagβ PADU. Maksimum 5 gambar sahaja yang perlu dimuat naik.
Di ruangan kapsyen, anda hendaklah melengkapkan ayat βMomen ini menjadi inspirasi saya untuk terus menjadi seorang guru keranaβ¦β¦β¦..β dengan tidak melebihi 100 patah perkataan.
Di akhir kapsyen, anda perlu meletakkan #MomenInspirasiGuruPADU.
Hadiah menanti guru yang bertuah. Tunggu apa lagi cikgu? Jom kongsikan dengan kami gambar momen inspirasi cikgu sebelum 31 Mei 2023 ini