Putrajaya Tourism Photo Contest (PTPC 2022). Terbuka kepada warganegara Malaysia.
Tarikh penyertaan bermula 15 Februari sehingga 15 April 2022.
Peserta boleh menghantar maksimum lima (5) gambar penyertaan setiap tema. Setiap borang penyertaan hanya tertakluk kepada satu tema sahaja. Sila gunakan dua borang penyertaan sekiranya berminat untuk menyertai kedua-dua tema yang dinyatakan.
Anda dibenarkan untuk melakukan sentuhan digital menggunakan perisian komputer namun tidak dibenarkan membuat gambar manipulasi. Contoh gambar manipulasi seperti teknik cantuman, super impose, photography tricks dan lain-lain.
Peserta hanya boleh menghantar borang penyertaan dan gambar-gambar pertandingan melalui pautan yang disediakan di laman sosial rasmi pertandingan di Facebook (Putrajaya Tourism Photo Contest) dan Instagram (@ptpc2022 dan @perbadananputrajaya). Sila rujuk langkah-langkah penyerahan penyertaan dan borang seperti yang dinyatakan DI SINI