Mari sertai Pertandingan Melukis sempena Hari Pendengaran Sedunia 2022 anjuran Pusat Telinga, Pendengaran, dan Pertuturan (Pusat-HEARS), Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan tajaan Yayasan Sime Darby (YSD).
Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan dengan hadiah wang tunai untuk tiga pemenang dari setiap kategori.
KATEGORI PERTANDINGAN YANG DISERTAI:
Sekolah Rendah (Tahap 1- Tahun 1, 2 & 3)
Sekolah Rendah (Tahap 2- Tahun 4, 5 & 6)
Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – 6)
Maklumat dan syarat-syarat lanjut boleh didapati dari poster pertandingan, atau di pautan: https://shorturl.at/kwzSX.
Tarikh akhir untuk penghantaran karya adalah pada 21 Februari 2022.