Berlangsung sehingga 15 Mac 2022 (Selasa)
PERTANDINGAN CIPTA LOGO PENANG FC BAGI MUSIM 2023Susulan Majlis βMeet & Greetβ pada 31 Disember 2021, dan saranan wakil penyokong agar logo Penang FC diubahsuai bagi menzahirkan ciri-ciri istimewa dan keunikan tempatan berdasarkan latar belakang geografi, kebudayaan dan sejarah Pulau Pinang. Khasnya yang berkaitan dengan pembangunan Bolasepak Pulau Pinang. Pengurusan Penang FC bersetuju dengan saranan tersebut dan sedia membuka peluang kepada mana-mana individu berbakat untuk ketengahkan logo cadangan yang bersesuaian dengan ciri-ciri tempatan berkenaan.
Terma dan syarat-syarat pertandingan:-
1. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia
2. Hanya 1 logo sahaja dibenarkan untuk seorang pereka.
3. Rekabentuk logo perlulah diberikan dalam format AI/PSD & JPG/PNG.
4. Emailkan rekabentuk logo ke mediapenangfc@gmail.com
5. Tarikh pertandingan bermula pada 14 Januari 2022 sehingga 15 Mac 2022 sebelum jam 12 tengah malam.
6. Hanya 10 logo terpilih akan disiarkan di laman facebook rasmi Penang FC.
7. Keputusan pemilihan logo tertakluk pada undian pihak pengurusan dan panel pemilihan.
8. Pihak pengurusan berhak menerima atau menolak mana-mana penyertaan yang dirasakan tidak sesuai dan tidak menepati kriteria yang telah ditetapkan.
9. Rekabentuk logo yang terpilih akan menjadi hakmilik sepenuhnya oleh Penang FC.
10. Pemenang akan dimaklumkan di facebook rasmi Penang FC dan akan dihubungi melalui email.
Untuk maklumat lanjut : KLIK LAMAN PENGANJUR