PERTANDINGAN VIDEO KREATIF
TEMA: ISRAK MIKRAJ

๐Ÿ“ข๐Ÿ“ขPersatuan Mahasiswa Islam UTMKL mengajak semua Muslim & Non-Muslim
untuk menyertai Pertandingan Video Kreatif bersempena bulan Israk Mikraj.

๐Ÿ“Ž๐Ÿ“ŒTerbuka kepada Muslim dan Non-muslim pada setiap peringkat umur
๐Ÿ“Ž๐Ÿ“ŒACAD MERIT & E-SIJIL disediakan

LINK PENDAFTARAN :
https://forms.gle/wrmjAQLyeiw1wtjn9

LINK PENYERAHAN VIDEO :
https://forms.gle/BiwVbbShHvbBQpKu9

๐Ÿ“†๐Ÿ“ฅTempoh Penghantaran Video: 1 Februari 2022 – 25 Februari 2022

๐Ÿ“†๐Ÿ“Tempoh Penilaian Video: 26 Februari 2022 – 28 Februari 2022

๐Ÿ“†๐ŸŽŠTarikh Pengumuman Pemenang: 1 Mac 2022

HADIAH YANG DITAWARKAN :

๐Ÿฅ‡TEMPAT PERTAMA – WANG TUNAI RM150.00 + E-SIJIL
๐ŸฅˆTEMPAT KEDUA – WANG TUNAI RM100.00 + E-SIJIL
๐Ÿฅ‰TEMPAT KETIGA – WANG TUNAI RM50.00 + E-SIJIL
๐ŸŽ€SAGUHATI x 5 – WANG TUNAI RM20.00 + E-SIJIL

SYARAT DAN PERATURAN
1. Penyertaan adalah percuma
2. Penyertaan adalah secara individu
3. TEMA: “ISRAK MIKRAJ”
4. Durasi video hendaklah diantara 5 hingga 8 minit SAHAJA. Markah akan dipotong sekiranya melebihi masa yang telah ditetapkan.
5. Hasil karya hendaklah sesuai untuk diterbitkan dalam segala bentuk video. Format yang dibenarkan adalah mp4.
6. Peserta perlu menghantar video di Google Form yang disediakan oleh pihak penganjur
7. Sila pastikan semua muzik yang digunakan berstatus bebas royalti. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta.
8. Karya yang dihasilkan adalah manifestasi kreativiti peserta, mengandungi nilai- nilai murni dan TIDAK BOLEH mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan dan tidak menghina mana-mana pemimpin dan individu.
9. Penyertaan akan terbatal jika terdapat hasil video tidak asli/plagiat dan pelanggaran syarat-syarat di atas.
10. Keputusan pemenang adalah muktamad daripada panel. Sebarang rayuan tidak diterima.

CARA PENGHANTARAN VIDEO
1) Format video yang dibenarkan adalah mp4.
2) Peserta hendaklah menghantar hasil kerja di link google drive yang akan disediakan oleh pihak penganjur
3) Format file video:
-Nama_NoMatrik (bagi pelajar UTM)
-Nama_NoKadPengenalan (bagi pelajar bukan UTM)
4) Masa yang diperuntukkan untuk menghantar video sehingga jam 11.59 p.m. 25/2/2022

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

๐Ÿ“žโ˜Ž 012-8634158 (Abdul Rauf)
๐Ÿ“žโ˜Ž 017-361 7796 (Ain Natasha)

PERSATUAN MAHASISWA ISLAM (PMI)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KUALA LUMPUR

Leave a Reply