Kenangan Menaiki Kereta Api KTMB
TEMA KARYA: “KENANGAN MENAIKI KERETA API KTMB”
- Penyertaan terbuka kepada kanak-kanak yang berumur 10 hingga 12 tahun.
- Penyertaan adalah PERCUMA.
- Setiap peserta dibenarkan menghantar SATU PENYERTAAN sahaja.
- Panjang karangan hendaklah antara 100 hingga 150 patah perkataan yang ditulis dalam bahasa Melayu.
- Karya yang dihantar hendaklah karya asli yang tidak diciplak atau diambil daripada mana-mana sumber serta belum pernah disiarkan oleh pihak lain.
- Karya yang dihasilkan tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama, tidak berunsurkan politik, dan bebas daripada unsur negatif.
TATACARA PENGHANTARAN KARYA
1. Peserta melengkapkan borang penyertaan di bawah.
2. Peserta menyediakan penulisan karangan bertaip mengikut format seperti yang berikut:
a) Jenis dan saiz rupa taip Arial bersaiz 12 dengan langkau baris 1.5 dan penjajaran Justified pada fail MsWord.
b) Salinan lembut (softcopy) disimpan sebagai fail berformat PDF.
c) Fail karya dinamakan dengan nama penuh peserta seperti “NurasmidarZamanhur.”
3. Hasil karya ini dimuat naik menerusi borang di bawah.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, peserta boleh menghubungi urus setia melalui talian 03-22671200 atau e-mel dbksik2021@gmail.com
HADIAH :
- Pertama : RM500
- Kedua : RM300
- Ketiga : RM200
- Saguhati x 3 : RM100
Karya akan dinilai berdasarkan kriteria yang berikut:
a) Keaslian
b) Kejelasan dan Ketelitian Pola Bahasa
c) Gaya Bahasa dan Teknik Penyampaian
d) Kreativiti dan Impak
Pautan borang pertandingan: https://forms.gle/EhhALjZ1bzqq9sei7
Hadiah wang tunai menanti para pemenang!
Tarikh tutup penyertaan: 15 September 2021