Categories: Terkini

Hebahan Pelanjutan Tempoh Pertandingan Video Pendek Adiwira Nano Dan Penulisan Esei Nanoteknologi (Pent) Peringkat Kebangsaan 2021

Pertandingan Penulisan Esei Nanoteknologi (PENT) Peringkat Kebangsaan 2021 DILANJUTKAN lagi kepada 14 SEPTEMBER 2021.

Peringkat Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – 5) sahaja

Tema pertandingan esei untuk tahun 2021 ialah “Nanoteknologi: Membentuk
Negara Berteknologi Tinggi 2030”.


Karya esei yang dihasilkan perlulah berasaskan aspirasi mengenai aplikasi
nanoteknologi untuk membentuk negara yang maju dan berteknologi tinggi
menjelang tahun 2030.


Esei yang dihasilkan adalah berbentuk cerita pendek (cerpen) dan berkonsepkan
penceritaan.


Untuk menjadikan penceritaan yang lebih dramatik, peserta boleh menggunakan
idea latar tempat, latar masa dan watak yang menarik.


Pertandingan ini akan dinilai oleh panel juri yang telah dilantik. Penilaian adalah
berpandukan kepada keberkesanan isi, imaginasi penceritaan dan teknik olahan
yang bertepatan dengan tema yang diberikan.

Syarat Penyertaan
i. Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada pelajar warganegara
Malaysia sahaja.
ii. Kategori penyertaan adalah di peringkat Sekolah Menengah sahaja (Tingkatan
1 – 5) di seluruh Malaysia.
iii. Butiran perlu diletakkan sebagai header pada setiap helaian esei (Nama,
Nombor Kad Pengenalan/ IC, Nama Sekolah, Tajuk Esei).
iv. Penyertaan hendaklah dihantar dalam dua (2) salinan keras (hardcopy)
melalui pos/serahan tangan dan satu (1) salinan lembut (softcopy) melalui
emel.
v. Sebarang penyertaan yang tidak mengemukakan salinan esei secara
softcopy dalam tulisan komputer akan DIBATALKAN.

Untuk maklumat lanjut dan borang penyertaan, sila klik butang di bawah :

admin

Recent Posts

Jom Bawa Anak2 ke World of Words – Kuala Lumpur (WoW-KL)

Dari 17–19 September 2025, di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, WoW-KL akan dilancarkan bukan sahaja…

2 months ago

Fun Walk / Run Sepanjang September – November 2025

Dewan Konvensyen Bera  Sabtu | 18 Oktober 2025 sempena bulan kesedaran kanser payudara!   Booth pameran…

2 months ago

Ujian Kelayakan Calon Guru

Hebahan Pelaksanaan Ujian Kelayakan Calon Guru Bagi Calon Lantikan Contract of Service dan Pengambilan Khas…

2 months ago

PERTANDINGAN MEWARNA YAPEIM

Warna-warni kreativiti anak anda bermula di sini! Jom serlahkan bakat seni si cilik melalui Pertandingan…

2 months ago

Peraduan Persembahan Video Kreatif Kami Wira Antirasuah

Terbuka kepada murid SEKOLAH RENDAH di bawah Kementerian Pendidikan! Adakah anda seorang yang kreatif? Ada…

2 months ago

Malaysia Day at JBCC’s Colouring Contest!

Got a little artist at home? Let their creativity shine this Malaysia Day at JBCC’s…

2 months ago