Categories: Terkini

Ujian Kelayakan Calon Guru

Hebahan Pelaksanaan Ujian Kelayakan Calon Guru Bagi Calon Lantikan Contract of Service dan Pengambilan Khas Opsyen Bahasa Melayu Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Tahun 2025

  1. Hebahan pengambilan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 pada 8 dan 12 Ogos 2025 telah menetapkan setiap calon daripada kalangan Graduan Bukan Pendidikan akan dilantik secara Contract of Service (CoS) dan perlu menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG) secara dalam talian sebelum ditemu duga.
  2. Sehubungan itu, calon-calon daripada kalangan Graduan Bukan Pendidikan dikehendaki membuat semakan kelayakan menduduki ujian eUKCG melalui pautan berikut:

https://semakan.spp.gov.my/semakanV2/eUKCG

  1. Sekiranya calon disahkan layak, calon perlu melayari laman eUKCG untuk mendaftar nombor pin/kata laluan bermula 17 September 2025 hingga 24 September 2025. Laman tersebut boleh dilayari melalui pautan berikut:

https://ukcg.moe.gov.my

  1. Hanya calon yang membuat pendaftaran nombor pin/kata laluan dalam tempoh tersebut akan diberi akses untuk menduduki eUKCG.
  2. Keputusan eUKCG tidak akan dimaklumkan kepada calon secara individu, sebaliknya akan digunakan oleh pihak Suruhanjaya sebagai tapisan selanjutnya dalam proses pengambilan.
  3. Bagi sebarang pertanyaan calon-calon boleh salurkan kepada:
  4. Kementerian Pendidikan (KPM) – urusan eUKCG
    03-8312 6731/ 6768/ 6760/ 6733/ 6693
  5. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) – urusan pengambilan
    03-8893 4019 / 4020
admin

Recent Posts

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…

2 weeks ago

Ringkasan Pertandingan iKOM Sains 2026

Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…

2 weeks ago

PERTANDINGAN GREEN INNOVATION SCIENCE PROJECT

Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…

3 weeks ago

PERTANDINGAN AIMAGINASI MALAYSIA

MAKLUMAT PROGRAM Terbuka kepada pelajar IPTA & IPTS di seluruh Malaysia (Individu).Tempoh Penyertaan: 10 Ogos…

3 weeks ago

PERTANDINGAN MENCIPTA KOMIK DIGITAL

Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026, Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai…

1 month ago

PERADUAN PRODUK ZUS

TEMPOH : 03/08/2026 - 27/09/2026 Cara penyertaan : Pembelian minimum RM10 produk ZUS dalam satu…

1 month ago