Categories: Terkini

PERTANDINGAN PEMBUDAYAAN STANDARD DAN KUALITI KEBANGSAAN

Terbuka kepada semua pelajar sekolah, kolej dan universiti Awam/Swasta di Malaysia.

Tempoh penyertaan dibuka sehingga 15 Oktober 2021.

MARI SERTAI PERTANDINGAN PEMBUDAYAAN STANDARD DAN KUALITI KEBANGSAAN 

 PERTANDINGAN FOTOGRAFI KREATIF (KATEGORI SEKOLAH RENDAH)
 PERTANDINGAN KUIZ ATAS TALIAN (KATEGORI SEKOLAH MENENGAH)
 PERTANDINGAN VIDEO KREATIF (KATEGORI KOLEJ/IPTA)

Maklumat pertandingan adalah seperti berikut:

 Terbuka kepada semua pelajar sekolah, kolej dan universiti Awam/Swasta di Malaysia.
Tempoh penyertaan dibuka sehingga 15 Oktober 2021.
 Ikuti syarat-syarat penyertaan yang diberikan.

 HADIAH LUMAYAN BERBENTUK WANG TUNAI MENANTI ANDA! 

Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia
(kecuali staf dan anggota keluarga staf Jabatan Standard Malaysia) dan mesti menetap
di Malaysia sahaja.

  • Penyertaan pertandingan adalah secara individu. Hanya satu (1) penyertaan
    dibenarkan bagi setiap peserta mengikut kategori umur dan jenis Pertandingan yang
    telah ditetapkan.
    KELAYAKAN
  • Bagi penyertaan pertandingan fotografi dan video, karya dicipta haruslah hasil daripada
    manifestasi kreativiti peserta, mengandungi nilai-nilai murni dan TIDAK BOLEH
    mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan,
    keagamaan dan tidak menghina mana-mana pemimpin dan individu.
  • Setiap penyertaan mestilah merupakan kerja asal/ asli dan tidak menciplak hak cipta
    orang lain.
  • Setiap hasil karya TIDAK BOLEH diambil hasil daripada penyertaan mana-mana
    pertandingan sebelum ini.

PERTANDINGAN FOTOGRAFI KREATIF
Terbuka kepada semua pelajar berumur 7 hingga 12 tahun (umur pada tahun 2021).

Tema bagi Pertandingan Fotografi Kreatif ialah Standard dan Kualiti dalam
Kehidupan.

Peserta bebas menggunakan sebarang jenis peralatan fotografi dan aplikasi dalam
penghasilan karya.

Peserta perlu mendaftar dan menghantar hasil fotografi dalam bentuk JPEG di
pautan berikut: https://forms.gle/zsdB4TVN3f6bkQ2KA

PERTANDINGAN KUIZ ATAS TALIAN
i. Terbuka kepada semua pelajar berumur 13 hingga 17 tahun (umur pada tahun 2021).
ii. Pendaftaran dan penyertaan Kuiz Atas Talian tersebut adalah melalui pautan
berikut: https://forms.gle/kK2YxB5jPgumYguRA.
iii. Kesemua soalan adalah dalam Bahasa Inggeris dan perlu di jawab oleh peserta.
iv. Penilaian pemenang adalah berdasarkan:
Kutipan markah tertinggi
Masa terpantas

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF
i. Terbuka kepada semua pelajar Kolej / Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta
Malaysia yang berumur 18 tahun keatas.
ii. Tajuk/ Tema video adalah berdasarkan penyataan berikut; “Bagaimana memilih
produk/barangan yang berkualiti?” / “How to choose quality products?”
iii. Penggunaan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja dibenarkan.
iv. Kandungan video yang disediakan untuk pertandingan ini boleh dalam pelbagai
bentuk penyampaian seperti bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej
khidmat awam.
v. Peserta dikehendaki menghasilkan video kreatif berdurasi tidak melebihi 3 minit
(maksima) dengan penyampaian mesej yang sesuai dan jelas, selari dengan tema /
tajuk yang telah ditetapkan serta mengikut kreativiti.

HADIAH

i. Kategori Sekolah Rendah
Hadiah Tempat Pertama : RM300.00 dan sijil penyertaan
Hadiah Tempat Kedua : RM200.00 dan sijil penyertaan
Hadiah Tempat Ketiga : RM100.00 dan sijil penyertaan
Saguhati (10 pemenang) : RM50.00 dan sijil penyertaan


ii. Kategori Sekolah Menengah
Hadiah Tempat Pertama : RM500.00 dan sijil penyertaan
Hadiah Tempat Kedua : RM350.00 dan sijil penyertaan
Hadiah Tempat Ketiga : RM250.00 dan sijil penyertaan
Saguhati (10 pemenang) : RM50.00 dan sijil penyertaan


iii. Kategori Kolej/Universiti
Hadiah Tempat Pertama : RM1,000.00 dan sijil penyertaan
Hadiah Tempat Kedua : RM700.00 dan sijil penyertaan
Hadiah Tempat Ketiga : RM500.00 dan sijil penyertaan
Saguhati (10 pemenang) : RM300.00 dan sijil penyertaan

Pihak penganjur berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah alternatif
dengan nilai yang sama, pada bila-bila masa tanpa sebarang notis pemberitahuan. Semua
hadiah yang diberikan tidak boleh dipindah milik kepada orang lain.

Walaubagaimanapun untuk membaca maklumat lengkap, tepat dan cara penyertaan, peserta haruslah membaca dan meneliti syarat dan maklumat. Klik butang ke laman penganjur tersebut.

Atau sila imbas QR Code di poster.

Sebarang pertanyaan / keterangan lanjut, sila hubungi:
Sekretariat
Pertandingan Pembudayaan Standard Dan Kualiti Kebangsaan Bagi Tahun 2021
Jabatan Standard Malaysia
Tingkat 4, Menara 2, Menara Cyber Axis
Jalan Impact, Cyber 6
63000 Cyberjaya
Selangor
Tel : 03-8008 2836 / 2811 / 2805
Faks : 03-8008 2901
Email : standardsedu@jsm.gov.my
Web : http://www.jsm.gov.my


#EducationAboutStandardisation
#AdaStandardUntung
#StandardsMalaysia
#25YearsOfExcellence

admin

View Comments

Recent Posts

Pertandingan Video Penceritaan Data & Poster Kreatif Peringkat Kebangsaan 2026

PERTANDINGAN VIDEO PENCERITAAN DATA & POSTER KREATIF KEBANGSAAN 2026 🎨✨ (National Data Storytelling Video &…

3 weeks ago

PERTANDINGAN MELAKAR REKA BENTUK BEDUK

Jom sertai Pertandingan Melakar Reka Bentuk Beduk! Ini peluang anda untuk menunjukkan bakat seni, budaya,…

3 weeks ago

PERTANDINGAN SENI KHAT

Tunjukkan bakat tulisan tangan dan keindahan seni khat anda dalam pertandingan ini! Hadiah wang tunai…

3 weeks ago

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…

2 months ago

Ringkasan Pertandingan iKOM Sains 2026

Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…

2 months ago

PERTANDINGAN GREEN INNOVATION SCIENCE PROJECT

Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…

2 months ago