Terbuka kepada murid SEKOLAH RENDAH di bawah Kementerian Pendidikan!

Adakah anda seorang yang kreatif? Ada idea menarik untuk dipersembahkan? Bersedia untuk tonjolkan kreativiti anda? Ini peluang untuk serlahkan bakat anda.

Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) bersama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menganjurkan “Peraduan Persembahan Video Kreatif Kami Wira Antirasuah”.

Peraduan ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan kesedaran tentang nilai integriti (antirasuah) melalui penghasilan video kreatif dalam kalangan murid sekolah rendah.

Inilah masanya! Ayuh, ikuti langkah mudah ini:

 BACA komik atau TONTON siri animasi “Wira Anti Rasuah: Si Penjejak 1, 2 & 3” di ITBMtv sebagai rujukan.

 CIPTA & RAKAM video kreatif persembahan berdurasi maksimum 5 minit.

 MUAT NAIK video ke YouTube (akaun sekolah/peserta) dengan tajuk, nama sekolah, nama peserta & tanda pagar:
#WiraAntiRasuah
#WAR_ITBMxSPRM

 LENGKAPKAN borang peraduan, dapatkan pengesahan sekolah & hantar penyertaan anda. Ayuh, rebut peluang ini dan hasilkan persembahan yang paling kreatif dan menarik.

Anda mungkin antara pemenang yang bakal membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM20,000!

Tunggu apa lagi? Imbas kod QR dalam poster dipaparkan untuk maklumat lanjut.

Tempoh peraduan:

18 Ogos – 18 Oktober 2025

#ITBM#rakanITBM#WiraAntiRasuah#WAR_ITBMxSPRM

Leave a Reply