Categories: Terkini

Dana Khas Mangsa Covid-19 : SKPN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

HPM rasa bertanggungjawab untuk menyiarkan usaha dalam bersama-sama membantu keluarga yang terkesan dan menjadi mangsa Covid-19.

Terkini beberapa pelajar Sekolah Kebangsaan Pekan Nanas, Pontian telah kehilangan ibu atau bapa akibat Covid-19 yang melibatkan beberapa keluarga.

Di hari yang mulia ini, adalah rezeki bagi kita dapat membina laluan dan menyumbang dalam meringankan pelajar-pelajar dan keluarga ini yang nyata berat menanggungnya.

Kita sedia maklum bahawa pandemik Covid-19 sangat memberikan impak yang besar. Usaha murni pihak sekolah dengan sokongan PIBG dan pelbagai pihak lain membuahkan hasil apabila kita dapat sama-sama membantu murid dan keluarga yang memerlukan melalui aktiviti dan program yang direncanakan oleh pihak sekolah.

Dalam keadaan pandemik ini, pihak sekolah SK Pekan Nanas sangat mengalu-alukan individu mahupun pihak luar untuk sama-sama menjadikan Program Dana Khas ini sebagai satu platform sumbangan sosial kepada penerima yang masih terkesan. Setidak-tidaknya, sedikit sumbangan kita mampu mengukirkan senyuman pada wajah mereka yang memerlukan.

Kerjasama anda dalam membantu kelangsungan aktiviti dan program yang dijayakan oleh pihak sekolah SK Pekan Nanas didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Penyumbang bolehlah menyumbang di nombor akaun yang dikongsikan di poster.

Jika inginkan sebarang maklumat dan pertanyaan boleh hubungi Cik Farhana Basiran di Talian 012-7750130.

Terima kasih.

admin

Recent Posts

Jom Bawa Anak2 ke World of Words – Kuala Lumpur (WoW-KL)

Dari 17–19 September 2025, di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, WoW-KL akan dilancarkan bukan sahaja…

2 months ago

Fun Walk / Run Sepanjang September – November 2025

Dewan Konvensyen Bera  Sabtu | 18 Oktober 2025 sempena bulan kesedaran kanser payudara!   Booth pameran…

2 months ago

Ujian Kelayakan Calon Guru

Hebahan Pelaksanaan Ujian Kelayakan Calon Guru Bagi Calon Lantikan Contract of Service dan Pengambilan Khas…

2 months ago

PERTANDINGAN MEWARNA YAPEIM

Warna-warni kreativiti anak anda bermula di sini! Jom serlahkan bakat seni si cilik melalui Pertandingan…

2 months ago

Peraduan Persembahan Video Kreatif Kami Wira Antirasuah

Terbuka kepada murid SEKOLAH RENDAH di bawah Kementerian Pendidikan! Adakah anda seorang yang kreatif? Ada…

2 months ago

Malaysia Day at JBCC’s Colouring Contest!

Got a little artist at home? Let their creativity shine this Malaysia Day at JBCC’s…

2 months ago