Categories: Terkini

Pertandingan Mewarna & Melukis Sempena Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021

Anjuran Galeri Diraja Tuanku Ja’afar Negeri Sembilan (GDTJNS)

Tarikh penghantaran karya sehingga 30 September 2021.

Pertandingan Mewarna dan Melukis Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2021 diadakan bagi kanak-kanak di peringkat tadika dan sekolah rendah (Mewarna) dan juga bagi semua peringkat umur (Melukis) sempena Bulan Kemerdekaan 2021 dan Hari Malaysia yang bertemakan ‘Malaysia Prihatin’ dan akan diadakan sepenuhnya secara dalam talian. 

Pertandingan ini memperkasakan Rukun Negara yang kedua iaitu KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA.

PERTANDINGAN MEWARNA

Bagi Pertandingan Mewarna, Sebanyak Tiga (3) kategori dipertandingkan:

KATEGORI 1: 4-6 Tahun

KATEGORI 2: 7-9 Tahun

KATEGORI 3: 10-12 Tahun

Tema : Kesetiaan kepada Raja dan Negara (Elemen rukun negara)

Medium : Bebas

Muatnaik Lukisan : Peserta harus mewarna lukisan yang di muat turun dari website atau FB (link google form akan diberi)

– Peserta hanya dibenarkan menghantar 1 penyertaan sahaja.

Terma & Syarat
– Pertandingan bertemakan “Kesetiaan kepada Raja dan Negara” sempena sambutan bulan kebangsaan.
– Setiap peserta dibenarkan menghantar 1 penyertaan sahaja
– Pendaftaran boleh dibuat dengan klik link yang diberi di Website dan FB
– Sijil penyertaan akan diberi secara digital oleh pihak urus setia.
– Medium mewarna adalah bebas
– Hanya warganegara Malaysia layak untuk menyertai
– Peserta digalakkan mewarna tanpa bantuan orang lain.
– Peserta dikehendaki menghantar gambar proses mewarna beserta swa foto bersama hasil kerja mewarna (4 keping) kerja awal mewarna, dalam proses mewarna, siap mewarna, dan swa foto bersama hasil kerja.
– Hasil kerja perlu dihantar dengan memuat naik hasil kerja ke dalam FB atau IG dan wajib tag Galeri Diraja Tuanku Ja’afar (like dan share FB & IG GDTJNS)
– Jangan lupa tanda pagar #mewarnagdtjns #GDTJNS #tourismseremban #pesonaseremban

– Jumlah like/share/comment pada posting media sosial anda akan diambil kira bagi menentukan pemenang

– Penganjur berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak menepati syarat yang ditetapkan.
– Keputusan juri dan panel adalah muktamad
– GDTJNS berhak untuk menggunakan hasil kerja mewarna peserta untuk tujuan promosi dan paparan di media sosial.
– Pemenang akan menerima hadiah wang tunai, sijil dan cenderamata.

Untuk muat turun templat mewarna dan pendaftaran sila ke halaman penganjur :

PERTANDINGAN MELUKIS

Tema : Kesetiaan kepada Raja dan Negara (Elemen rukun negara)
Kategori : Bebas (warganegara Malaysia)
Medium : Bebas


Terma & Syarat

– Pertandingan lukisan bertemakan “Kesetiaan kepada Raja dan Negara” sempena sambutan bulan kebangsaan.
– Setiap peserta dibenarkan menghantar 1 penyertaan sahaja
– Pendaftaran boleh dibuat dengan klik link yang diberi di Website dan FB
– Sijil penyertaan akan diberi secara digital oleh pihak urus setia.
– Medium lukisan adalah bebas
– Hanya warganegara Malaysia layak untuk menyertai
– Peserta digalakkan melukis tanpa bantuan orang lain.
– Peserta dikehendaki menghantar gambar proses melukis beserta swa foto bersama hasil kerja (4 keping) kerja awal melukis, dalam proses melukis, siap melukis, dan swa foto bersama hasil kerja.
– Lukisan hendaklah berdasarkan tema yang diberi dan tidak menyentuh isu politik dan sensitiviti agama dan perkauman.
– Hasil kerja perlu dihantar dengan memuat naik hasil kerja ke dalam FB atau IG dan wajib tag Galeri Diraja Tuanku Ja’afar (like dan share FB & IG GDTJNS)
– Jangan lupa tanda pagar #mewarnagdtjns #GDTJNS #tourismseremban #pesonaseremban

– Jumlah like/share/comment pada posting media sosial anda akan diambil kira bagi menentukan pemenang

– Penganjur berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak menepati syarat yang ditetapkan.
– Keputusan juri dan panel adalah muktamad
– GDTJNS berhak untuk menggunakan hasil kerja lukisan peserta untuk tujuan promosi dan paparan di media sosial.
– Pemenang akan menerima hadiah wang tunai, sijil dan cenderamata.

Pendaftaran dan penghantaran hasil seni sila ke halaman penganjur

Sumber : Facebook Galeri Diraja Tuanku Ja’afar Negeri Sembilan.

Segala maklumat dan syarat adalah sama ketika disiarkan oleh penganjur. Jika ada sebaranng perubahan atau syarat dan tarikh, maka rujuk kepada yang terkini yang disiarkan oleh laman penganjur.

admin

Recent Posts

Popular K-Drama All-Time Favorite

Korean dramas (K-dramas) have achieved massive global popularity through streaming platforms like Netflix, Disney+, and…

2 weeks ago

URIIS Student Biz Innovation Challenge 2026

Tukarkan Idea Anda Menjadi Impak Sebenar! Hadiah Wang Tunai sehingga RM20,000.00 !! Kepada semua mahasiswa…

2 weeks ago

SKK (Skim Khairat Kematian)

Skim Khairat Kematian (SKK) ialah program bantuan kewangan bagi tujuan pengurusan kematian di Malaysia—yang disediakan…

3 weeks ago

𝐏𝐄𝐑𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐒𝐏𝐀𝐂𝐄 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 (𝐍𝐒𝐂) 𝟐𝟎𝟐𝟔

Tema: "Taman Angkasa: Penanaman Makanan di Angkasa" "Space Garden: Growing Food in Space" Pendaftaran dibuka…

3 weeks ago

Pertandingan Cipta Iklan AI

Tune Talk NextGEN, satu pertandingan yang mengajak pelajar di Malaysia menghasilkan iklan kreatif menggunakan kecerdasan…

4 weeks ago

A Breakdown of what Claude Can Help You With

Claude was developed by Anthropic, an AI safety research company founded in 2021 by former…

4 weeks ago