
Anjuran Bersama Dewan Bahasa dan Pustaka & Little Ones Eduworld.
Tarikh Tutup Pertandingan : 1 September 2022
- Mencungkil bakat dan kreativiti anak-anak prasekolah bercerita secara bersahaja dan meyakinkan.
- Menggalakkan anak-anak prasekolah membaca dan menghayati karya kreatif penulis-penulis tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri.
- Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan anak-anak prasekolah.
- Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu.
- Menyemai minat dan amalan membaca pada peringkat pendidikan awal kanak-kanak.
- Mengoptimumkan penggunaan media sosial sebagai pelantar memperkembangkan dan mempromosikan bahasa Melayu sebagai bahasa unggul.
Kelayakan Peserta:
Mestilah warganegara Malaysia.
Terbuka kepada murid Prasekolah berumur 5 hingga 6 tahun dan Sekolah Rendah Tahap Satu di seluruh Malaysia
Tempoh Penyertaan
Penyertaan dibuka dari 1 Ogos sehingga 15 September 2022.
Pengadilan bermula 16 September sehingga 30 September 2022.
Pengumuman pemenang akan dibuat pada 3 Oktober 2022.
Untuk Membaca Syarat Lengkap Pertandingan serta DAFTAR : DI SINI