Pertandingan Mewarna

Sempena Bulan Falak Malaysia 2022 M / 1444 H. Terbuka untuk adik-adik berumur 4 – 6 tahun. Penyertaan adalah PERCUMA! E-Sijil disediakan.

šŸ„³

Syarat Penyertaan: 

  • Pertandingan ini adalahĀ PERCUMAĀ dan terbuka kepada kanak-kanak berumur dariĀ 4 tahun ke 6 tahun.
  • Peserta boleh mewarna dan mengolah lakaran mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing dan warna hendaklah terang dan bersih.
  • Lakaran (lukisan) untuk diwarnakan boleh diperolehi dari laman sesawangĀ www.falakmalaysia.com.
  • Peserta hendaklahĀ MEMUAT TURUNĀ lukisan danĀ DICETAKĀ pada kertas yang bersaizĀ A4.
  • Hanya lukisan yang disediakan oleh penganjur akan dinilai.
  • Peserta boleh menggunakanĀ PENSEL WARNA ATAU KRAYON SAHAJA.
  • Mewarna dengan menggunakan aplikasi digitalĀ TIDAK DIBENARKAN.
  • Ahli keluarga / penjaga / guru-guru tidak dibenarkan membantu peserta.
  • Penyertaan akan dianggapĀ BATALĀ sekiranya didapati berbuat demikian.
  • Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat ditetapkan.
  • Peserta boleh hantar lebih daripada satu penyertaan, tetapiĀ HANYA SATU PENYERTAAN SAHAJAĀ akan dipilih sebagai pemenang sekiranya berjaya.
  • Peserta hendaklah menulisĀ NamaĀ danĀ No MykidĀ di atas kertas pertandingan dengan jelas.
  • Borang Penyertaan diisi selepas lukisanĀ LENGKAPĀ diwarnakan.
  • Ibu/ Bapa/ Penjaga / Guru hendaklahĀ mengambil gambar lukisan dengan jelas atau scan lukisanĀ tersebut.
  • Gambar atau lukisan yang diambil atau discan hendaklah dihantar dalam bentukĀ PDF/ JPEG/ PNGĀ kepada pihak penganjur melalui borang pendaftaran yang boleh didapati diĀ borang pendaftaran.
  • Borang penghantaran Pertandingan Mewarna Falak akanĀ DITUTUPĀ tepat padaĀ JAM 10.00 MALAM, 28 OGOS 2022.

Link Pendaftaran : Daftar Di Sini

Muat Turun Poster Mewarna Di Sini

šŸ“œ

Tarikh TUTUP Pertandingan: 28 Ogos 2022, jam 10:00 MALAM

šŸŽŠ

šŸ“Œ

Leave a Reply