Anjuran Bersama Dewan Bahasa dan Pustaka & Little Ones Eduworld.

Tarikh Tutup Pertandingan : 1 September 2022

  1. Mencungkil bakat dan kreativiti anak-anak prasekolah bercerita secara bersahaja dan meyakinkan.
  2. Menggalakkan anak-anak prasekolah membaca dan menghayati karya kreatif penulis-penulis tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri.
  3. Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan anak-anak prasekolah.
  4. Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu.
  5. Menyemai minat dan amalan membaca pada peringkat pendidikan awal kanak-kanak.
  6. Mengoptimumkan penggunaan media sosial sebagai pelantar memperkembangkan dan mempromosikan bahasa Melayu sebagai bahasa unggul.

Kelayakan Peserta:

Mestilah warganegara Malaysia.

Terbuka kepada murid Prasekolah berumur 5 hingga 6 tahun dan Sekolah Rendah Tahap Satu di seluruh Malaysia

Tempoh Penyertaan

Penyertaan dibuka dari 1 Ogos sehingga 15 September 2022.

Pengadilan bermula 16 September sehingga 30 September 2022.

Pengumuman pemenang akan dibuat pada 3 Oktober 2022.

Untuk Membaca Syarat Lengkap Pertandingan serta DAFTAR : DI SINI

Leave a Reply