Categories: Terkini

PERTANDINGAN MELUKIS DOODLE SEMPENA HARI BELIA NEGARA 2024

Serlahkan bakat dan kreativiti anda dengan menyertai Pertandingan Melukis Doodle sempena Hari Belia Negara 2024.

Terbuka kepada belia Malaysia berumur 15-40 tahun.

Tema: Yakin Boleh!

Tempoh pertandingan : 5 hingga 25 April 2024

Hadiah tunai RM1,000.00 untuk pemenang doodle terbaik!

Daftar maklumat diri dan muatnaik (upload) hasil lukisan doodle anda melalui google drive https://forms.gle/soKZMYADaYStr2wC8

Syarat-syarat penuh pertandingan, sila rujuk https://belia.org.my/…/pertandingan-melukis-doodle…/

Semoga berjaya!

YARAT-SYARAT PERTANDINGAN

>> PENDAHULUAN

1. Hari Belia Negara yang disambut 15 Mei setiap tahun merupakan pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan golongan belia kepada pembangunan negara.

2. Pertandingan Melukis Doodle ini diadakan sempena Hari Belia Negara 2024.

3. Inisiatif ini bertujuan mencungkil kreativiti seni anak muda untuk terlibat sama dalam sambutan Hari Belia Negara.

>> PENGANJUR

Majlis Belia Malaysia

Kementerian Belia dan Sukan

>> TEMA

Yakin Boleh!

>> SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Terbuka kepada semua belia Malaysia berumur 15 hingga 40 tahun.

2. Peserta boleh menghantar minimum satu (1) atau maksimum dua (2) penyertaan sahaja.

3. Medium yang dibenarkan adalah bebas. (Berwarna atau hitam putih)

4. Hasil karya mestilah asli dan idea sendiri.

5. Lukisan doodle adalah dalam saiz A4.

6. Peserta perlu memasukkan elemen ‘Yakin Boleh’, Hari Belia Negara dan Negeri Melaka dalam lukisan doodle.

7. Setiap peserta perlu mengisi maklumat penyertaan dan hasil karya hendaklah dimuatnaik (upload) dalam format PNG, PDF atau JPEG menerusi googleform https://shorturl.at/koBIY

8. Pemilihan pemenang dibuat berdasarkan kreativiti lukisan yang mengikut tema, ringkas, ceria dan menarik.

9. Keputusan panel juri penilai adalah MUKTAMAD dan tidak boleh dipertikaikan.

10. Semua hasil lukisan menjadi hak rasmi penganjur.

11. Pihak penganjur berhak menghubungi peserta yang terpilih untuk mendapatkan softcopy atau membuat pindaan atas lukisan tersebut.

12. Pertandingan ini berlangsung dari 5 hingga 25 April 2024 (Khamis), jam 12.00 malam.

>> HADIAH DOODLE TERBAIK

1. Hanya satu penyertaan sahaja akan dipilih dan pemenang akan menerima hadiah bernilai RM1,000.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ribu Sahaja)

2. Kesemua penyertaan akan menerima e-sijil penyertaan.

3. Pemenang akan dimaklumkan oleh pihak Urus setia melalui telefon, surat atau e-mel.

Urus Setia Pertandingan Melukis Doodle Hari Belia Negara 2024

D/a. Majlis Belia Malaysia

Wisma MBM, No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2

Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur

Tel : (03) 9173 2761/63

Faks : (03) 9173 2759

E-mel : mbm@belia.org.my

* Link logo-logo berkaitan :

https://drive.google.com/drive/folders/1h8zPGFomfdHpEcrWZkjRvYa00MX9yt6v?usp=sharing

admin

Recent Posts

PERTANDINGAN GREEN INNOVATION SCIENCE PROJECT

Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…

2 days ago

PERTANDINGAN AIMAGINASI MALAYSIA

MAKLUMAT PROGRAM Terbuka kepada pelajar IPTA & IPTS di seluruh Malaysia (Individu).Tempoh Penyertaan: 10 Ogos…

2 days ago

PERTANDINGAN MENCIPTA KOMIK DIGITAL

Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026, Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai…

2 weeks ago

PERADUAN PRODUK ZUS

TEMPOH : 03/08/2026 - 27/09/2026 Cara penyertaan : Pembelian minimum RM10 produk ZUS dalam satu…

2 weeks ago

Pertandingan Pantun DRB-HICOM Bersama Harian Metro

Penganjuran edisi kedua ini adalah usaha sama strategik antara akhbar Harian Metro dan konglomerat automotif…

2 weeks ago

Popular K-Drama All-Time Favorite

Korean dramas (K-dramas) have achieved massive global popularity through streaming platforms like Netflix, Disney+, and…

4 weeks ago