Bank Negara Malaysia (BNM) selaku Pengerusi Bersama (Co-Chair) Jaringan Pendidikan Kewangan/Financial Education Network (FEN) telah menganjurkan Pertandingan Video Pendek #MyDuitStory Siri Pertama (MDS1.0), MDS2.0 dan MDS3.0 pada tahun-tahun yang lalu dan akan meneruskan kesinambungan pertandingan tahunan ini dengan penganjuran siri keempat (MDS4.0) yang akan bermula pada bulan Mac 2024 hingga Julai 2024.
Pengenalan
Pertandingan Video Pendek MyDuitStory 4.0 (MDS4.0) merupakan satu pertandingan yang dianjurkan oleh Financial Education Network (FEN). Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran belia Malaysia tentang penipuan pelaburan.
Kelayakan
Pertandingan ini terbuka kepada pelajar-pelajar berusia 18-30 tahun daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan serta institusi TVET dan MARA di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
MDS4.0 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran para pelajar di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tentang kepentingan pengurusan kewangan peribadi, yang mana fokus utama diberikan kepada pembudayaan pengurusan risiko kewangan melalui perlindungan insurans dan takaful. Usaha ini adalah selari dengan hala tuju usaha literasi kewangan yang juga merupakan satu daripada keutamaan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMKe-12) dan Strategi Kebangsaan Literasi Kewangan, 2019-2023.
Maklumat lanjut mengenai MDS4.0 adalah seperti berikut: PAUTAN / LINK
DAFTAR DI : LAMAN PENDAFTARAN
PERTANDINGAN VIDEO PENCERITAAN DATA & POSTER KREATIF KEBANGSAAN 2026 🎨✨ (National Data Storytelling Video &…
Jom sertai Pertandingan Melakar Reka Bentuk Beduk! Ini peluang anda untuk menunjukkan bakat seni, budaya,…
Tunjukkan bakat tulisan tangan dan keindahan seni khat anda dalam pertandingan ini! Hadiah wang tunai…
Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…
Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…
Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…