Serlahkan bakat dan kreativiti anda dengan menyertai Pertandingan Poster Digital Sempena Ramadan Bertemakan Kesihatan Mental: Kesihatan Milik Semua, Hentikan Stigma anjuran Yayasan ZuriatCARE.
Bagi pesakit mental, Ramadan mungkin membawa 1001 cabaran yang sukar untuk difahami oleh orang lain. Pengambilan ubat ketika berpuasa, kesukaran untuk fokus, jadual tidur yang terganggu dan pelbagai lagi ujian yang perlu dihadapi demi menjalani ibadah puasa. Namun ianya tidak sama sekali mematahkan niat dan harapan mereka untuk terus berjuang di dalam bulan yang mulia ini.
Jom sertai kami dalam memahami, menerima dan menyokong mereka dalam menjalani ibadah puasa dengan menghasilkan karya poster digital supaya orang ramai lebih cakna dan berempati dengan situasi yang mereka alami dan tidak menghakimi.
Bagaimana caranya?
Ikuti 3 langkah mudah berikut:
1. Reka satu poster digital mengikut tema yang diberikan.
2. Muat naik hasil karya di pautan Google Form atau imbas kod QR.
3. Ikuti kami di Facebook, Instagram @zuriatcare & Tiktok Yayasan ZuriatCARE.
Mudah bukan? Apa tunggu lagi! Jom pakat hantar karya anda dan bersama-sama kita jadikan Ramadan kali ini sebagai titik permulaan bagi kesedaran dan pemahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan kesihatan mental di bulan Ramadan.
Kami tak sabar menantikan hasil karya kreatif anda!
Hadiah berupa wang tunai menanti anda!
Pemenang akan dipilih dari segi kreativiti poster dan isi kandungan poster yang direka.
Untuk terma dan syarat, rujuk poster atau klik link di bio