Jom sertai Pertandingan Video Kreatif MyIPO di TikTok sempena Hari Harta Intelek Negara 2024 dengan tema “Harta Intelek Nadi Malaysia Madani” dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.00!
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 Mac 2024.
Terbuka kepada warganegara MALAYSIA SAHAJA (kecuali kakitangan MyIPO)
Peserta mestilah berumur 15 tahun dan ke atas.
Penyertaan adalah secara INDIVIDU.
Setiap produksi boleh melibatkan seberapa ramai pelakon.
Tarikh & Tempoh pertandingan : 16 Februari 2024 hingga 17 Mac 2024.
Hakcipta video yang dipertandingkan adalah hak milik MyIPO dan video pemenang akan dimuatnaik di media sosial rasmi MyIPO.
Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh panel pengadil dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
Untuk terma dan syarat penyertaan LEBIH LANJUT, imbas kod QR di poster atau klik pautan DISINI
Ada pertanyaan? Hubungi kami di: TikTokHHIN@myipo.gov.my
Jangan lepaskan peluang untuk menunjukkan kreativiti anda dan menangi hadiah yang menarik!