Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta di seluruh Malaysia berkaitan pelaksanaan e-Invois ini, bersempena Sambutan Hari HASiL yang ke-28 pada 1 Mac 2024, HASiL berbesar hati menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo MyInvois yang akan dibuka mulai 1 hingga 31 Mac 2024.
Melalui penganjuran pertandingan ini, secara tidak langsung, para pelajar di peringkat pengajian tinggi akan turut mendapat pengetahuan dan pendedahan awal berkaitan pelaksanaan e-Invois ini yang mana mereka juga merupakan bakal pembayar cukai atau terlibat dalam menjalankan perniagaan dan transaksi
komersial di masa akan datang.
Pertandingan Mencipta Logo MyInvois akan dibuka mulai 1 hingga 31 Mac 2024.
Penyertaan wajib menggunakan Borang Penyertaan Pertandingan
Mencipta Logo MyInvois yang disediakan oleh pihak Urus Setia Pertandingan Mencipta Logo MyInvois (selepas ini dipanggil Urus Setia) secara dalam talian (melalui Microsoft Form).
Penyertaan adalah percuma dan pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar IPT awam dan swasta di seluruh Malaysia yang wajib disertai secara berpasukan. Setiap pasukan dikehendaki mempunyai bilangan ahli minimum seramai tiga (3) orang hingga maksimum lima (5) orang dan ahlinya hendaklah pelajar dari IPT yang sama. Gabungan pelajar dari IPT berlainan untuk membentuk satu pasukan adalah tidak dibenarkan.
Untuk Maklumat lanjut pertandingan SILA KLIK DISINI