Yayasan Pahang. Mahasiswa Anak Pahang Kebangsaan (Mampan) dan juga School of Art & Humanities, Kolej Yayasan Pahang dengan sukacitanya ingin menjemput semua golongan mahasiswa IPT untuk menyertai Pertandingan Poster & Video Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2023 @ Rumah Pahang dengan tema Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan.
Penyertaan rekacipta poster digital dan video patriotik yang kreatif berdurasi 60 hingga 90 saat yang dikongsi di media sosial bukan sahaja dapat memberikan peluang anak muda menjana kreativiti selain memupuk semangat cintakan negara, malah para peserta juga berpeluang menjadi pemenang dengan membawa pulang hadiah yang lumayan!
Ayuh anak muda, usah bertangguh lagi! Hasilkan karya kreatif dengan berlatarkan Rumah Pahang di hadapan Kompleks Yayasan Pahang dengan tema Hari kebangsaan 2023 dan anda mungkin berpeluang menjadi pemenang.
SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN
1. Pendaftaran peserta akan dikira selepas peserta menghantar hasil poster atau video atau tik tok kepada pihak Yayasan Pahang (YP) dan Mampan Kebangsaan. Penyertaan terbuka kepada semua mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Komuniti, Politeknik, Institusi Pendidikan MARA (IPMA) dan Kolej Vokasional.
2. Peserta diwajibkan untuk mengikuti (follow) media sosial Yayasan Pahang dan Mampan Kebangsaan, Instagram (@yayasan_pahang, @mampan_kbgsan), Facebook dan Tik Tok (Yayasan Pahang, Mampan Kebangsaan).
3. Peserta dikehendaki untuk memberi tanda suka (Like) poster rasmi pertandingan dan tag Yayasan Pahang, Mampan Kebangsaan dan tiga (3) rakan media sosial.
4. Penyertaan bermula dari 30 Ogos 2023 sehingga 30 September 2023 jam 12.00 tengah malam.
5. Karya poster atau video yang diserahkan untuk penjurian mestilah terhasil daripada kreativiti sendiri (asli) dan tidak pernah diterbitkan di mana-mana platform.
6. Poster mestilah berukuran 1080px X 1080px dan video haruslah berdurasi 60 β 90 saat dengan saiz 16:9 (1080p atau 720p).
7. Peserta haruslah mengunakan video & gambar βRumah Pahangβ yang diberi, peserta juga boleh menggunakan teknik skrin hijau (green screen)mengikut kreativiti dalam penyuntingan video. Berikut adalah link untuk sumber
Gambar:
https://drive.google.com/…/1nZFrxlWpZO…
Video: https://drive.google.com/…/1hGCiT0uWCbj2wJ5lfOfZQhc8yDw…
8. Pihak penganjur berhak menggunakan karya peserta untuk tujuan promosi dan sebagainya, walau bagaimanapun hak cipta masih kekal milik peserta.
9. Segala keputusan pihak penganjur adalah muktamad.
10. Peserta mestilah memuatnaik poster atau video di akaun Facebook dan Instagram masing-masing dengan tetapan public, menyertakan tanda pagar #yayasanpahang, #yp4u #mampankebangsaan #merdekaypmampan2023 di caption. Peserta yang mempunyai akaun TikTok digalakkan untuk turut memuat naik karya di TikTok dengan menyatakan (mention) akaun TikTok Yayasan Pahang dan Mampan Kebangsaan.
11. Tertakluk pada terma dan syarat
Layari laman sosial Facebook & Instagram Yayasan Pahang dan Mampan Kebangsaan untuk keterangan lanjut.