Categories: Terkini

PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI NASIONAL 2023

Pertandingan Rekacipta Inovasi Nasional (PRIN2023) merupakan program inovasi dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina bertujuan untuk mengetengahkan inovasi dan penyelidikan yang dihasilkan oleh pelajar dan ahli akademik fakulti dan institusi pengajian tinggi, serta guru di samping memupuk budaya inovasi dan kreativiti mengikut disiplin masing-masing. Program ini dijalankan dalam bentuk pertandingan, di mana para peserta akan mempamerkan produk dan hasil kajian mereka, dan dinilai oleh pakar dari industri.

Syarat Penyertaan

Syarat-syarat menyertai pertandingan ini adalah seperti berikut:

01

Penyertaan pertandingan terbuka kepada semua pelajar institusi pengajian dan kolej vokasional, guru dan pensyarah (politeknik, maktab perguruan, IPTA, IPTS dan mana-mana institusi Pendidikan, pelajar sekolah rendah dan menengah).

02

Pertandingan dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu: kategori pelajar pengajian tinggi, kategori guru dan kategori pensyarah.

Bagi penyertaan kategori pelajar pengajian tinggi, jumlah peserta maksimum bagi setiap kumpulan ialah 4 orang pelajar dan seorang guru/pensyarah.

Bagi penyertaan kategori guru/pensyarah, jumlah peserta maksimum bagi setiap kumpulan ialah 5 orang.

Inovasi yang dihasilkan mestilah berbentuk produk (fizikal, digital), tanpa produk (fizikal, digital) atau pendidikan.

Setiap penyertaan perlu menyediakan video berdurasi maksimum 3 minit.

Para peserta digalakkan menyediakan bahan-bahan tambahan seperti brosur, gambar, sijil-sijil penghargaan atau lain-lain bahan bagi menyokong produk dan inovasi masing-masing – disertakan di dalam video.

Setiap penyertaan akan dinilai oleh dua orang penilai profesional.

Keputusan panel penilai terhadap penilaian projek adalah muktamad.

Untuk maklumat penuh pertandingan dan pendaftaran, sila layari : LAMAN RASMI

admin

Recent Posts

Pertandingan Video Penceritaan Data & Poster Kreatif Peringkat Kebangsaan 2026

PERTANDINGAN VIDEO PENCERITAAN DATA & POSTER KREATIF KEBANGSAAN 2026 🎨✨ (National Data Storytelling Video &…

3 weeks ago

PERTANDINGAN MELAKAR REKA BENTUK BEDUK

Jom sertai Pertandingan Melakar Reka Bentuk Beduk! Ini peluang anda untuk menunjukkan bakat seni, budaya,…

3 weeks ago

PERTANDINGAN SENI KHAT

Tunjukkan bakat tulisan tangan dan keindahan seni khat anda dalam pertandingan ini! Hadiah wang tunai…

3 weeks ago

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…

2 months ago

Ringkasan Pertandingan iKOM Sains 2026

Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…

2 months ago

PERTANDINGAN GREEN INNOVATION SCIENCE PROJECT

Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…

2 months ago