Pertandingan Rekacipta Inovasi Nasional (PRIN2023) merupakan program inovasi dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina bertujuan untuk mengetengahkan inovasi dan penyelidikan yang dihasilkan oleh pelajar dan ahli akademik fakulti dan institusi pengajian tinggi, serta guru di samping memupuk budaya inovasi dan kreativiti mengikut disiplin masing-masing. Program ini dijalankan dalam bentuk pertandingan, di mana para peserta akan mempamerkan produk dan hasil kajian mereka, dan dinilai oleh pakar dari industri.
Syarat Penyertaan
Syarat-syarat menyertai pertandingan ini adalah seperti berikut:
01
Penyertaan pertandingan terbuka kepada semua pelajar institusi pengajian dan kolej vokasional, guru dan pensyarah (politeknik, maktab perguruan, IPTA, IPTS dan mana-mana institusi Pendidikan, pelajar sekolah rendah dan menengah).
02
Pertandingan dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu: kategori pelajar pengajian tinggi, kategori guru dan kategori pensyarah.
Bagi penyertaan kategori pelajar pengajian tinggi, jumlah peserta maksimum bagi setiap kumpulan ialah 4 orang pelajar dan seorang guru/pensyarah.
Bagi penyertaan kategori guru/pensyarah, jumlah peserta maksimum bagi setiap kumpulan ialah 5 orang.
Inovasi yang dihasilkan mestilah berbentuk produk (fizikal, digital), tanpa produk (fizikal, digital) atau pendidikan.
Setiap penyertaan perlu menyediakan video berdurasi maksimum 3 minit.
Para peserta digalakkan menyediakan bahan-bahan tambahan seperti brosur, gambar, sijil-sijil penghargaan atau lain-lain bahan bagi menyokong produk dan inovasi masing-masing β disertakan di dalam video.
Setiap penyertaan akan dinilai oleh dua orang penilai profesional.
Keputusan panel penilai terhadap penilaian projek adalah muktamad.
Untuk maklumat penuh pertandingan dan pendaftaran, sila layari : LAMAN RASMI