Categories: Terkini

Beberapa Pelajar Sekolah Yang Mengharumkan Nama Malaysia Baru-Baru ini

Semalam SMK Tun Habab membawa nama Negeri Johor dan negara ke pertandingan International Science & Invention Fair (ISIF 2022) di Universiti Pendidikan Ganesha, Bali, Indonesia bermula 1 hingga 5 November ini.

ISIF 2022 merupakan pertandingan rekacipta dan inovasi terbesar dunia yang mempamerkan projek sains, teknologi dan kejuruteraan berasaskan inkuiri oleh pelajar sekolah Rendah, Menengah dan Pra-Universiti dari seluruh dunia.

Terlebih dahulu,

SMK Agama Kuala Selangor telah berjaya meraih pingat emas dan Anugerah Khas Produk Inovasi Terbaik Keseluruhan untuk Kategori Young Inventors “Prize of the city of Nuremberg” buat kali kedua berturut – turut dalam penyertaan ini. Pasukan ini telah berada di Nuremberg sejak 27 Oktober lalu dan telah memenangi pertandingan tersebut dengan menewaskan 490 pasukan dari 250 sekolah di seluruh dunia.

Pertandingan ini telah diwakili oleh 4 orang murid, tiga daripadanya Tingkatan 4, seorang Tingkatan 5 dan dua orang guru pengiring. Murid tersebut ialah Athirah Ahmad Hisshamuddin, Raja Dhia Nazneen Insyirah Raja Mohd Aman Shah, Nur Damia Bisyara Muhammad dan Sarah Ardinie Khairul Faizi manakala guru pengiring ialah Cikgu Mohd Zulhilmi Mansor dan Ustaz Mohd Ridzuan Mohammad. Pasukan ini akan kembali ke tanah air pada 4 November dan dijangka sampai di KLIA pada jam 7.45 malam (Jumaat).

Inovasi yang berasaskan sejarah dunia ini mirip seperti permainan monoply diharapkan menjadi pencetus semangat dalam kalangan sekolah untuk membugarkan inovasi diperingkat antarabangsa.

Manakala, Pelajar Kolej GENIUS@Pintar Negara (KGPN) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya mengharumkan nama negara di World Scholar’s Cup Global Round 2022 yang berlangsung pada 2 hingga 7 September lalu di Bangkok, Thailand.

Seramai 12 orang pelajar KGPN yang diiringi oleh Pensyarah Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM, Afifah Mohamad Radzi telah berjaya merangkul sebanyak 11 trofi, 73 pingat emas dan 49 pingat perak. Yi Wei dinobatkan sebagai penerima Asimov Award kerana berjaya memperoleh markah tertinggi dalam acara Scholar’s Challenge.

Kejayaan ini telah melayakkan 12 orang pelajar untuk ke peringkat seterusnya bagi mewakili Malaysia dalam Tournament of Champions yang akan berlangsung di Yale University, Amerika Syarikat pada bulan November ini.

Tahniah kepada semua sekolah dan pelajar. Semoga terus maju dan menjadi contoh dan menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain.

admin

Recent Posts

Pertandingan Video Penceritaan Data & Poster Kreatif Peringkat Kebangsaan 2026

PERTANDINGAN VIDEO PENCERITAAN DATA & POSTER KREATIF KEBANGSAAN 2026 🎨✨ (National Data Storytelling Video &…

4 days ago

PERTANDINGAN MELAKAR REKA BENTUK BEDUK

Jom sertai Pertandingan Melakar Reka Bentuk Beduk! Ini peluang anda untuk menunjukkan bakat seni, budaya,…

4 days ago

PERTANDINGAN SENI KHAT

Tunjukkan bakat tulisan tangan dan keindahan seni khat anda dalam pertandingan ini! Hadiah wang tunai…

4 days ago

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…

1 month ago

Ringkasan Pertandingan iKOM Sains 2026

Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…

1 month ago

PERTANDINGAN GREEN INNOVATION SCIENCE PROJECT

Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…

2 months ago