Pertandingan Khat PKK Tuanku Bainun telah kembali buat kali yang ke-3 dan pendaftaran kini dibuka!

Seperti tahun yang lalu, pertandingan ini akan diadakan secara bersemuka di pusat kami yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Pertandingan ini ialah anjuran PKK Tuanku Bainun dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK) serta Universiti Teknologi MARA (UiTM)

> MAKLUMAT PERTANDINGAN

Umur : 13 – 17 tahun

Tarikh : 8 Julai 2023, Sabtu

Masa : 8.30 AM – 2.15 PM

Tempat: Temutamu Hall @ Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun,

Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur

>BENGKEL CITRA SENI KHAT

Sebagai persediaan rapi bagi semua peserta, Persatuan Seni Khat Kebangsaan akan mengendalikan sebuah bengkel sebelum pertandingan bermula

Daftar sebelum : 1 Julai 2023

Tarikh pengumuman pemenang: 17 Julai 2023

> KENAPA PERLU MENDAFTAR SECEPAT MUNGKIN

– Pendaftaran terhad

– Semua peserta akan menerima sijil penyertaan diakhir hari pertandingan

– Bengkel dan pendaftaran pertandingan adalah percuma

Jadi, apa tunggu lagi! Daftarlah sekarang dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai dan piala.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk poster yang disediakan.

Klik pautan di bio untuk mendaftar sekarang

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi kami melalui:

1. DM (Mesej terus melalui Instagram/ Facebook)

2. Emel (programmes@pkktuankubainun.com)

3. Telefon (03-7733 8559)

#pkktuankubainun

Leave a Reply