Categories: Terkini

STORY TELLING CHALLENGE SEKOLAH RENDAH

  • Pertandingan bercerita/bersajak/berpidato atau syarahan berdurasi 3-4 minit berkaitan kecekapan tenaga, keselamatan elektrik/ gas dan aktiviti berkaitan Suruhanjaya Tenaga.

KATEGORI

  • Hanya terdapat 1 kategori untuk pelajar sekolah rendah darjah 4 hingga darjah 6 sahaja.

JENIS PENYERTAAN

  • Penyertaan adalah secara individu melalui sekolah dan dihantar secara berkelompok kepada Urus Setia.

SYARAT PENYERTAAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Terbuka untuk sekolah di Semenanjung, Sabah dan WP Labuan.
  • Bersekolah di sekolah yang menghantar penyertaan.
  • Peserta adalah seorang pelajar di sekolah tersebut bagi kalendar akademik sesi 2023/2024.
  • Sekolah bersetuju untuk menguruskan penyertaan dan hadiah yang akan dimenangi bagi pihak peserta.
  • Mempunyai kebenaran oleh ibubapa/ penjaga untuk menyertai pertandingan.
  • Penyertaan adalah terhad kepada satu penghantaran hasil pertandingan sahaja bagi setiap peserta.
  • Peserta hanya dibenarkan untuk menghantar sekali sahaja dan sekiranya Urus Setia menerima lebih dari satu penghantaran, hanya penghantaran yang paling awal di terima sahaja akan dikira.
  • Sekiranya peserta pernah menyertai pertandingan ini pada tahun lepas, hasil pertandingan/skrip hendaklah berlainan daripada yang telah dihantar. Penyertaan adalah dikira terbatal sekiranya hasil pertandingan adalah sama seperti yang pernah dihantar.
  • Nama, nombor kad pengenalan peserta dan nama sekolah haruslah ditulis di bahagian bawah kanan video.
  • Setiap video mestilah mempunyai perkataan SURUHANJAYA TENAGA dan ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 2023.
  • Hasil pertandingan adalah hak milik ST dan ST berhak untuk mengubah dan menggunakan hasil pertandingan mengikut kesesuaian tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada peserta.
  • Hasil kerja haruslah dibuat oleh peserta sendiri sepenuhnya dan tidak mempunyai unsur-unsur hak cipta daripada pihak lain. Sekiranya terdapat unsur plagiat, penyertaan adalah terbatal serta-merta.
  • Keputusan Suruhanjaya Tenaga adalah muktamad.

TEMA

  • Mengapa saya perlu menjadi hero cekap tenaga
  • Cara saya menjadi hero cekap tenaga di rumah/ sekolah
  • Cara saya menggunakan peralatan elektrik/ gas dengan selamat

FORMAT HASIL PERTANDINGAN

  • Video hendaklah berformat mp4 sahaja
  • Berdurasi antara 3-4 minit sahaja
  • Menghantar bersama lirik/ skrip didalam format PDF
  • Video yang direkod haruslah menunjukkan peserta berdiri dan menggayakan mengikut kesesuaian

TARIKH TUTUP

  • Sekolah WAJIB mengisi Borang Penghantaran Hasil Pertandingan melalui atas talian sebelum atau pada 15 September 2023.

HADIAH

  • Hadiah adalah milik pelajar sekolah rendah yang menyertai Kategori #storytellingchallenge.

Pemenang akan menerima hadiah seperti berikut:

Nota:

  • Sekiranya penyertaan yang diterima mendapat markah kurang daripada 50% atau bilangan penyertaan adalah kurang daripada hadiah yang ditawarkan atau penyertaan yang diterima tidak mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan, Suruhanjaya berhak untuk mengisytiharkan kategori tersebut sebagai tiada pemenang untuk pemenang utama/ hadiah saguhati atau mengurangkan hadiah yang bakal dimenangi atau kedua-duanya sekali.
  • Sekolah yang menghantar penyertaan adalah bertanggungjawab untuk menguruskan hadiah yang dimenangi dan menyerahkan kepada pemenang.

Untuk maklumat lanjut sila layari : LAMAN PENGANJUR

admin

Recent Posts

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐕𝐈𝐃𝐄𝐎 𝐊𝐑𝐄𝐀𝐓𝐈𝐅 𝟑𝐂 #𝐂𝐀𝐑𝐈𝐃𝐀𝐍𝐌𝐔𝐒𝐍𝐀𝐇

Suka menghasilkan video kreatif untuk media sosial? Jom sertai Pertandingan Video Kreatif 3C #CariDanMusnah dan…

7 hours ago

Pertandingan Video Pendek & Poster Denggi

Bersempena dengan Sambutan Hari Denggi ASEAN 2026 Peringkat Negeri Perak, Pejabat Kesihatan Daerah Kinta berbesar…

7 hours ago

MEDI-INNOVATE CHALLENGE 2026

Are you ready to revolutionize the future of healthcare? Whether you're a secondary school student…

2 days ago

National Young Investor Challenge (NYIC) 2026

PERCUMA KEPADA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH ! Adakah anda berminat untuk mendalami dunia pelaburan dan pasaran…

2 days ago

CABARAN INTERAKTIF MINDA 2026 Peringkat Kebangsaan

Pernyertaan dari seluruh negara dialu alukan bagi membolehkan kuiz ini mendapat pengiktirafan peringkat kebangsaan. CABARAN…

2 days ago

MINGGU PENYU SEDUNIA 2026 (KEBANGSAAN)

Ayuh sertai pelbagai aktiviti menarik sempena Minggu Penyu Sedunia di PSKT dari 15 Jun hingga…

4 days ago