Categories: Terkini

CABARAN SEKOLAH PALING ENERGY EFFICIENCY

Kategori Sekolah Menengah

  • Pertandingan kecekapan tenaga di sekolah menengah dengan menjalankan aktiviti-aktiviti penggunaan elektrik dengan cekap. Penilaian akan mengambil kira laporan kecekapan tenaga yang dihasilkan dan berdasarkan bil elektrik sekolah menengah dalam tempoh 4 bulan termasuk aktiviti-aktiviti kecekapan tenaga yang dijalankan sepanjang tempoh pertandingan daripada bulan Jun 2023 sehingga September 2023 berbanding tahun sebelumnya.

KATEGORI

  • Terbuka kepada Sekolah Menengah sahaja
  • Terbuka untuk sekolah di Semenanjung, Sabah dan WP Labuan.

JENIS PENYERTAAN

  • Penyertaan adalah melalui sekolah menengah sahaja.
  • Setiap sekolah menengah hanya terhad kepada SATU penyertaan sahaja.
  • Satu sekolah menengah hanya dibenarkan menghantar satu laporan kecekapan tenaga sahaja.
  • Bilangan penyertaan untuk kategori Sekolah Paling EE adalah 15 orang wakil pelajar termasuk guru pembimbing mewakili sekolah masing-masing

PENDAFTARAN KATEGORI SEKOLAH PALING EE

  • Sekolah hendaklah menghantar borang pendaftaran dan dokumen yang dinyatakan di dalam Syarat Penyertaan di bawah sebelum atau pada 20 Jun 2023.
  • Muat turun borang pendaftaran Sekolah Paling EE di https://tinyurl.com/Register-SekolahPalingEE

SYARAT PENYERTAAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Semua ahli kumpulan bersekolah di sekolah yang menghantar penyertaan.
  • Semua ahli kumpulan adalah seorang pelajar di sekolah tersebut bagi kalendar akademik sesi 2023/2024.
  • Sekolah bersetuju untuk menguruskan penyertaan dan hadiah yang akan dimenangi adalah milik sekolah.
  • Semua ahli kumpulan mempunyai kebenaran oleh ibubapa/ penjaga untuk menyertai pertandingan.
  • Penyertaan adalah terhad kepada satu penghantaran laporan kecekapan tenaga sahaja bagi setiap sekolah.
  • Sekolah menengah yang berminat untuk menyertai kategori Sekolah Paling EE hendaklah menghantar penyertaan kepada Suruhanjaya Tenaga lengkap bersama dokumen seperti berikut:
    • Pihak sekolah menengah WAJIB mengemukakan bersama sesalinan bil elektrik bagi bulan Januari 2022 sehingga bulan Disember 2022 bersama borang pendaftaran Sekolah Paling EE.
      • Penyertaan adalah terbatal sekiranya pihak sekolah menengah tidak menghantar bil elektrik seperti yang diminta.
      • Bil-bil elektrik yang dikemukakan kepada Urusetia EE Challenge 2023 hendaklah menunjukkan penggunaan elektrik yang merangkumi keseluruhan kawasan sekolah seperti bangunan akademik, pejabat guru, makmal, dewan dan lain-lain. Bil-bil tersebut akan digunakan sebagai bukti ketika proses penilaian kategori Sekolah Paling EE.
    • Urusetia EE Challenge 2023, akan dari semasa ke semasa mendapatkan salinan bil daripada pihak TNB untuk tujuan penilaian dan pengesahan. Sekiranya terdapat unsur manipulasi data, penyertaan sekolah adalah dikira terbatal.
    • Aktiviti-aktiviti kecekapan tenaga di sekolah menengah dikira bermula pada bulan Jun 2023 sehingga September 2023 (4 bulan) sahaja. Tempoh pertandingan tamat pada 31 September 2023.
    • Laporan kecekapan tenaga yang telah dijalankan sepanjang tempoh pertandingan perlu sampai kepada Urusetia sebelum atau pada 15 Oktober 2023.
    • Sekolah hanya dibenarkan untuk menghantar sekali sahaja dan sekiranya Urus Setia menerima lebih dari satu penghantaran, hanya penghantaran yang paling awal di terima sahaja akan dikira.
    • Hasil pertandingan adalah hak milik ST dan ST berhak untuk mengubah dan menggunakan hasil pertandingan mengikut kesesuaian tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada peserta.
    • Hasil kerja haruslah dibuat oleh peserta sendiri sepenuhnya dan tidak mempunyai unsur-unsur hak cipta daripada pihak lain. Sekiranya terdapat unsur plagiat, penyertaan adalah terbatal serta-merta.
    • Keputusan Suruhanjaya Tenaga adalah muktamad.

AKTIVITI

  • Aktiviti yang dijalankan hendaklah berkaitan dengan kecekapan tenaga iaitu amalan menggunakan elektrik dengan cekap.

FORMAT & TEMPLATE LAPORAN KECEKAPAN TENAGA

  • Kandungan format laporan kecekapan tenaga adalah seperti berikut:
  • Sekolah hendaklah menggunakan format dan template yang telah disediakan.
  • Muat turun template laporan kecekapan tenaga. Template laporan akan dimuat naik di microsite EE Challenge 2023 pada bulan Julai 2023.
  • Sekolah boleh menghasilkan dan melengkapkan laporan kecekapan tenaga mengikut kreativiti masing-masing.

TARIKH TUTUP PENGHANTARAN LAPORAN KECEKAPAN TENAGA

  • Sekolah WAJIB menghantar laporan kecekapan tenaga dalam bentuk softcopy dan hardcopy. Penghantaran boleh dibuat melalui cara seperti di bawah:
  • Penghantaran laporan softcopy secara atas talian dan akan dimaklumkan sekiranya pautan telah tersedia.
  • Bagi penghantaran laporan hardcopy sekolah hendaklah membuat penghantaran melalui pos laju atau serahan tangan kepada alamat di bawah:

URUSETIA EE CHALLENGE 2023

Jabatan Operasi Industri

Suruhanjaya Tenaga

No. 12, Jalan Tun Hussein, Presint 2,

62100 Putrajaya WP Putrajaya.

  • Pemarkahan hanya akan dikira melalui penghantaran Laporan Kecekapan Tenaga yang diterima secara
  • Laporan kecekapan tenaga yang telah dijalankan sepanjang tempoh pertandingan perlu sampai kepada Urusetia sebelum atau pada 15 Oktober 2023.

HADIAH

  • Hadiah adalah milik sekolah.

Nota:

  • Sekiranya penyertaan yang diterima mendapat markah kurang daripada 50% atau bilangan penyertaan adalah kurang daripada hadiah yang ditawarkan atau penyertaan yang diterima tidak mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan, Suruhanjaya berhak untuk mengisytiharkan kategori tersebut sebagai tiada pemenang untuk pemenang utama/ hadiah saguhati atau mengurangkan hadiah yang bakal dimenangi atau kedua-duanya sekali.
  • Pihak ST berhak untuk membuat sebarang penyelarasan pembahagian zon selepas menerima pendaftaran daripada semua sekolah.

Untuk maklumat lanjut, layari : LAMAN RASMI PENGANJUR

admin

Recent Posts

PERTANDINGAN STEM CONTENT CREATOR 2026

“STEM for Sustainability: Building a Greener Future” Anjuran Engineering Education Technical Division (E2TD), IEM Kategori…

1 day ago

PERTANDINGAN DOODLE ART 2026

PERTANDINGAN DOODLE ART 2026 Tema: Belia Berinovasi, Pahang Bertransformasi Panggilan kepada semua pencinta seni!Inilah peluang…

1 day ago

PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH : SBP, MRSM, KV, TEKNIK 2026

Permohonan Kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2027 akan dibuka…

1 week ago

Bursa Investment Quiz (BIQ) 2026

Good news! Registration is now extended until 26 June 2026 — don’t miss it! Join…

2 weeks ago

Program Pencarian Wira Bijak Tenaga 2026

Dua kategori, satu misi — melahirkan generasi celik tenaga! Program Pencarian Wira Bijak Tenaga 2026…

3 weeks ago

Public Sector AI Nexus Challenge 2026.

PUBLIC SECTOR AI NEXUS CHALLENGE 2026 Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (#NAIO) bersama JABATAN DIGITAL NEGARA…

3 weeks ago