Categories: Terkini

Kuiz Keselamatan Jalan Raya Peringkat Negeri Johor!

Pada cuti sekolah ini, mari tingkatkan pengetahuan dengan menyertai Kuiz Keselamatan Jalan Raya Peringkat Negeri Johor!


Kuiz ini adalah terbuka kepada semua pelajar sekolah di negeri Johor.
Hadiah menarik sumbangan Petron Malaysia menanti penyertaan terbaik.

Syarat-syarat penyertaan:

1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua pelajar sekolah di negeri Johor.

2. Kuiz ini akan berlangsung pada hari Selasa, 28 Disember 2021, dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang,

3. Pelajar-pelajar perlu menyertai mengikut kategori yang telah ditetapkan seperti berikut:
Sekolah Rendah Tahap 1: Darjah 1 hingga 3
Sekolah Rendah Tahap 2: Darjah 4 hingga 6
Sekolah Menengah Rendah: Tingkatan 1 hingga 3
Sekolah Menengah Atas: Tingkatan 4 hingga 6

4. 15 pemenang termasuk 3 hadiah utama akan dipilih bagi setiap kategori. Penilaian adalah berdasarkan ketepatan jawapan, tempoh masa menjawab dan kreativiti slogan.

5. Satu penyertaan sahaja dibenarkan bagi setiap pelajar. Sekiranya terdapat lebih daripada satu penyertaan, penganjur akan memilih penyertaan terawal untuk dinilai.

6. Keputusan penganjur adalah muktamad. Penganjur layak untuk menolak penyertaan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi kriteria seperti tersebut di atas, atau atas apa-apa sebab yang dirasakan munasabah.

7. Semua penyertaan yang lengkap akan menerima sijil penyertaan.

8. Peserta akan dihubungi oleh penganjur setelah selesai pengadilan untuk tujuan pemberian hadiah dan sijil penyertaan.

Capaian:

Sekolah Rendah Tahap 1: https://forms.gle/JdLZoXwErfLpUUgv6
Sekolah Rendah Tahap 2: https://forms.gle/diPkBmmJcn4Gj16a9
Sekolah Menengah Rendah: https://forms.gle/4pW9tCmyzo81HbGt9
Sekolah Menengah Atas: https://forms.gle/67HySrKsRoCCm6wVA

admin

Recent Posts

Pertandingan Video Penceritaan Data & Poster Kreatif Peringkat Kebangsaan 2026

PERTANDINGAN VIDEO PENCERITAAN DATA & POSTER KREATIF KEBANGSAAN 2026 🎨✨ (National Data Storytelling Video &…

3 weeks ago

PERTANDINGAN MELAKAR REKA BENTUK BEDUK

Jom sertai Pertandingan Melakar Reka Bentuk Beduk! Ini peluang anda untuk menunjukkan bakat seni, budaya,…

3 weeks ago

PERTANDINGAN SENI KHAT

Tunjukkan bakat tulisan tangan dan keindahan seni khat anda dalam pertandingan ini! Hadiah wang tunai…

3 weeks ago

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…

2 months ago

Ringkasan Pertandingan iKOM Sains 2026

Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…

2 months ago

PERTANDINGAN GREEN INNOVATION SCIENCE PROJECT

Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…

2 months ago