Categories: Terkini

Pertandingan Energy Efficiency Challenge bagi tahun 2023

Suruhanjaya Tenaga (ST) telah membuat keputusan untuk meneruskan penganjuran pertandingan Energy Efficiency Challenge bagi tahun 2023.

Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk:

  • Membudayakan kehidupan cekap tenaga (energy efficient) di kalangan generasi muda bagi memastikan tenaga dapat digunakan dengan sebaiknya.
  • Mendidik dan memupuk budaya kecekapan tenaga di kalangan para pelajar dan warga sekolah.
  • Memberi kesedaran kepada para pelajar dan warga sekolah mengenai kesan kecekapan tenaga kepada alam sekitar.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tenaga ini akan mula dihebahkan pada bulan Mei 2023 dan terbuka kepada sekolah rendah dan sekolah menengah di Semenanjung dan Sabah mengikut jenis kategori pertandingan.

Mengikut format pertandingan, terdapat empat (4) jenis kategori yang akan dipertandingan iaitu dua (2) kategori bagi Sekolah Rendah dan dua (2) kategori bagi Sekolah Menengah seperti berikut:

Pemenang bagi setiap kategori akan dijemput hadir ke Majlis Penyampaian Hadiah di sekitar Putrajaya atau Kuala Lumpur dan tarikh majlis akan diumumkan selepas sesi pengahakiman selesai.

Sila tekan tab disebelah kiri untuk maklumat lanjut bagi setiap pertandingan.

*Nota: Maklumat terkini dan terma dan syarat pertandingan akan dikemas kini dari semasa ke semasa tanpa memaklumkan kepada peserta terlebih dahulu. Oleh itu, sebarang percanggahan akan dirujuk mengikut maklumat terkini di laman web ini.

admin

Recent Posts

Pertandingan Video Penceritaan Data & Poster Kreatif Peringkat Kebangsaan 2026

PERTANDINGAN VIDEO PENCERITAAN DATA & POSTER KREATIF KEBANGSAAN 2026 🎨✨ (National Data Storytelling Video &…

3 weeks ago

PERTANDINGAN MELAKAR REKA BENTUK BEDUK

Jom sertai Pertandingan Melakar Reka Bentuk Beduk! Ini peluang anda untuk menunjukkan bakat seni, budaya,…

3 weeks ago

PERTANDINGAN SENI KHAT

Tunjukkan bakat tulisan tangan dan keindahan seni khat anda dalam pertandingan ini! Hadiah wang tunai…

3 weeks ago

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…

2 months ago

Ringkasan Pertandingan iKOM Sains 2026

Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…

2 months ago

PERTANDINGAN GREEN INNOVATION SCIENCE PROJECT

Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…

2 months ago