Pertandingan ini diadakan sempena Sambutan Hari Tibi & Kusta Peringkat Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya (JKWPKL&P) Tahun 2023.
Objektif: Meningkatkan kesedaran, komitmen serta sokongan pelbagai pihak terhadap usaha kawalan dan pencegahan penyakit Tibi.
Penyertaan adalah secara individu. Setiap individu boleh menghantar lebih daripada 1 penyertaan video.
Penyertaan ini terhad kepada mereka yang menetap atau bekerja / belajar di WP Kuala Lumpur / Putrajaya sahaja
Karya boleh dihasilkan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya
Karya mestilah idea asli dan tidak mempunyai unsur plagiarism
Setiap karya yang dihantar akan menjadi hak milik Pejabat Kesihatan WP Putrajaya / Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya
Video hendaklah berdurasi maksima 2 minit dan dihantar dalam format mp4.
Video yang dihasilkan perlu mempunyai slogan “YES! We Can End TB”.
Video boleh dihasilkan menggunakan media sosial seperti Instagram, TikTok atau apa sahaja aplikasi tetapi perlu disimpan dan dihantar dalam bentuk mp4 di Google Drive.
Terdapat tiga kategori yang ditawarkan:
Pelajar universiti awam/swasta
Pelajar Sekolah Menengah (Tingkatan 4-5)
Orang awam
CARA-CARA PENYERTAAN
Hasilkan video mengikut kreativiti masing-masing dan perlu dihantar sebelum / pada 13 Jun 2023
Video perlu disimpan dalam Google Drive dengan nama fail ‘NamaPeserta_Kategori_nombor telefon’ dan dihantar dalam format mp4