Categories: Terkini

Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah

Pertandingan Bercerita Kesihatan Pergigian (Bentuk Video) dianjurkan oleh Program Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia (PKP KKM) dengan kerjasama Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Melaka (BKPNM).

Pertandingan ini dianjurkan sempena Minggu Promosi Kesihatan Pergigian Tahun 2023 yang bertemakan “Mulut Sihat Pilihan Saya”.

SYARAT PERTANDINGAN 

Syarat-syarat penyertaan Pertandingan Bercerita Kesihatan Pergigian (Bentuk Video) adalah seperti berikut:-

1.1    Pertandingan ini adalah percuma dan terbuka kepada semua murid sekolah rendah seluruh Malaysia bagi dua (2) kategori iaitu:

i. Umur 7-9 tahun

ii. Umur 10-12 tahun

1.2    Penyertaan adalah secara individu sahaja.

1.3    Setiap individu boleh menghantar satu (1) rakaman video penyertaan.

1.4    Rakaman video yang dikemukakan bagi tujuan pertandingan ini mestilah asli  yang dihasilkan sendiri oleh peserta dan tidak melanggar hak-hak pihak ketiga (termasuk hak cipta).

1.5    Peserta dibenarkan memakai kostum, menggunakan prop (alat bantuan bercerita) dan perlu berada di dalam syot video sepanjang rakaman.

FORMAT PERTANDINGAN 

2.1   Peserta dikehendaki mendaftar dan menghantar video sebelum atau pada 31 Mei 2023 menggunakan pautan google form berikut: 

2.2     Spesifikasi video adalah seperti berikut: 

i. Resolusi minimum adalah 720p atau 1280×720

ii. Format MP4/AVI/MKV atau MOV.

2.3   Video penyertaan hendaklah mengikut tajuk yang ditetapkan

i. Umur 7 – 9 tahun : “Pengalaman Saya Berjumpa Doktor Gigi”

ii. Umur 10 – 12 tahun: “Usaha Saya Untuk Mendapat Gigi Yang  Cantik”

2.4   Panjang video mestilah berdurasi tidak lebih 3 minit.

2.5. Bahasa penyampaian wajib dalam Bahasa Melayu.

2.6. Sebarang suntingan video tidak dibenarkan.

2.7.  Para peserta dibenarkan untuk menggunakan pelbagai jenis peralatan untuk merakam video. 

Untuk syarat dan maklumat lanjut penyertaan, sila layari :

HADIAH PEMENANG

6.1    Setiap penyertaan akan mendapat e-sijil melalui emel yang diberikan.

6.2    Hadiah Pertandingan yang ditawarkan adakah seperti berikut:

SETIAP KATEGORI : HADIAH WANG TUNAI

Tempat Pertama -RM 300.00

Tempat Kedua – RM 200.00

Tempat Ketiga -RM 100.00

admin

Recent Posts

Popular K-Drama All-Time Favorite

Korean dramas (K-dramas) have achieved massive global popularity through streaming platforms like Netflix, Disney+, and…

6 days ago

URIIS Student Biz Innovation Challenge 2026

Tukarkan Idea Anda Menjadi Impak Sebenar! Hadiah Wang Tunai sehingga RM20,000.00 !! Kepada semua mahasiswa…

1 week ago

SKK (Skim Khairat Kematian)

Skim Khairat Kematian (SKK) ialah program bantuan kewangan bagi tujuan pengurusan kematian di Malaysia—yang disediakan…

1 week ago

𝐏𝐄𝐑𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐒𝐏𝐀𝐂𝐄 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 (𝐍𝐒𝐂) 𝟐𝟎𝟐𝟔

Tema: "Taman Angkasa: Penanaman Makanan di Angkasa" "Space Garden: Growing Food in Space" Pendaftaran dibuka…

2 weeks ago

Pertandingan Cipta Iklan AI

Tune Talk NextGEN, satu pertandingan yang mengajak pelajar di Malaysia menghasilkan iklan kreatif menggunakan kecerdasan…

3 weeks ago

A Breakdown of what Claude Can Help You With

Claude was developed by Anthropic, an AI safety research company founded in 2021 by former…

3 weeks ago