Categories: Terkini

PERTANDINGAN MENCIPTA POSTER

Terbuka kepada murid Sekolah Menengah.

Program Kesihatan Pergigian , Kementerian Kesihatan Malaysia (PKP KKM) menganjurkan pertandingan sempena Minggu Promosi Kesihatan Pergigian (MPKP) 2023 yang bermula dari 1 Mei sehingga 31 Mei 2023.

Antara pertandingan diadakan:

Pertandingan Poster ( Komik 1 Muka Surat)
-Kategori Sekolah Menengah untuk
Umur 13-17 tahun bertajuk “Mulut Sihat Pilihan Saya”

  1. SYARAT PERTANDINGAN

Syarat-syarat penyertaan Pertandingan Mencipta Poster Kesihatan Pergigian (Bentuk Komik Satu Muka Surat)   adalah seperti berikut:-

 1.1    Pertandingan ini adalah percuma dan terbuka kepada semua individu yang  berumur 13 – 17 tahun ketika waktu penyerahan. 

1.2    Penyertaan adalah secara individu sahaja.

1.3    Setiap individu boleh menghantar satu (1) penyertaan.

1.4    Karya yang dikemukakan bagi tujuan pertandingan ini mestilah asli yang dihasilkan sendiri oleh peserta dan tidak melanggar hak-hak pihak ketiga (termasuk hak cipta).

KONTEN YANG DILARANG

3.1  Perkataan yang tidak sopan, kenyataan diskriminasi tentang jantina atau komuniti yang kurang bernasib baik.

3.2   Teks atau kandungan yang mengandungi unsur-unssur negatif, menyentuh  isu politik, bangsa, agama dan kebencian, penyeksaanfitnah, lucah, tidak senonoh atau tingkah laku sesat

3.3   Memaparkan penggunaan senjata yang berbahaya dan dadah.

3.4   Penyataan jelas tentang nama syarikat atau organisasi dan pengunaan  jenama dan logo.

 PENJURIAN DAN PENGUMUMAN 

 4.1   Pemarkahan akan dibuat oleh panel juri yang dilantik oleh pihak urusetia.

4.2   Keputusan panel juri adalah muktamad. 

4.3   Tarikh penilaian juri : 1 Jun 2023 hingga 23 Jun 2023

4.4   Pengumuman pemenang : 30 Jun 2023 (melalui akaun Facebook Program Kesihatan Pergigian dan Instagram @pergigiankkm)

4.5   Para pemenang akan dihubungi oleh urusetia untuk jemputan ke majlis  penyampaian hadiah.

HADIAH WANG TUNAI

Tempat Pertama :RM 500.00

Tempat Kedua :RM 300.00

Tempat Ketiga: RM 100.00

Untuk maklumat lanjut sila layari :

Sekiranya terdapat pertanyaan, boleh hubungi di emel promosipergigian.melaka@moh.gov.my

#mpkp2023

admin

Recent Posts

Pertandingan Video Penceritaan Data & Poster Kreatif Peringkat Kebangsaan 2026

PERTANDINGAN VIDEO PENCERITAAN DATA & POSTER KREATIF KEBANGSAAN 2026 🎨✨ (National Data Storytelling Video &…

3 weeks ago

PERTANDINGAN MELAKAR REKA BENTUK BEDUK

Jom sertai Pertandingan Melakar Reka Bentuk Beduk! Ini peluang anda untuk menunjukkan bakat seni, budaya,…

3 weeks ago

PERTANDINGAN SENI KHAT

Tunjukkan bakat tulisan tangan dan keindahan seni khat anda dalam pertandingan ini! Hadiah wang tunai…

3 weeks ago

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…

2 months ago

Ringkasan Pertandingan iKOM Sains 2026

Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…

2 months ago

PERTANDINGAN GREEN INNOVATION SCIENCE PROJECT

Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…

2 months ago