Categories: Terkini

PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA SEMPENA “MINGGU KEWANGAN, PELABURAN DAN PENGURUSAN RISIKO” ANJURAN KURSI YTI-UKM (Kategori Sekolah Menengah)

Terbuka Kepada: Pelajar Sekolah Menengah (13 tahun – 17 tahun)

Literasi kewangan dan pelaburan di kalangan remaja amat penting dalam pembuatan keputusan mengenai pendapatan dan perbelanjaan harian. Kurangnya kesedaran dalam pengurusan kewangan dan juga pelaburan pada peringkat awal akan menimbulkan pelbagai masalah kewangan pada masa hadapan. Oleh yang demikian, golongan remaja perlu bersedia dan mengetahui apakah risiko yang bakal dihadapi sekiranya pengurusan kewangan tidak efisyen dan terurus apabila mereka menuju ke fasa kehidupan yang lebih mencabar.

Sehubungan itu, Kursi Cemerlang Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali (YTI-UKM), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengambil inisiatif dengan mempelawa warga Malaysia yang berumur 13 tahun sehingga 17 tahun (pelajar sekolah menengah) untuk menyertai Pertandingan Teka Silang Kata bertemakan Literasi Kewangan, Pelaburan dan Pengurusan Risiko.

Pertandingan ini diadakan bagi memupuk kesedaran golongan muda mengenai mengenai ilmu-ilmu kewangan, pelaburan dan pengurusan risiko kepada semua peringkat komuniti terutamanya pelajar sekolah menengah di Malaysia. Terma dan syarat-syarat pertandingan telah dilampirkan di bawah. 

Jom sertai! Hadiah menarik menanti pemenang yang berjaya.

Teka Silang Kata

Tema: Literasi Kewangan, Pelaburan dan Pengurusan Risiko

Terbuka Kepada: Pelajar Sekolah Menengah (13 tahun – 17 tahun)

Manfaat:

1. memberi inspirasi yang berbentuk pendidikan yang berkait dengan kewangan pelaburan dan pengurusan risiko.

2. memupuk kesedaran golongan muda mengenai ilmu-ilmu kewangan, pelaburan dan pengurusan risiko kepada semua peringkat komuniti.

Jom sertai, hadiah wang tunai dan sijil penyertaan menanti pemenang.

Pihak Kursi YTI-UKM memohon jasa baik warga media sosial untuk turut memanjangkan perkara ini kepada warga Institut Pengajian Tinggi, mahasiswa serta rakan-rakan untuk menyertai pertandingan ini.

Jangan lepaskan peluang ini ! Tarikh tutup 5 Mei 2023

Syarat Peraduan

Borang Peraduan

admin

Recent Posts

Win a Refreshing Family Staycation in Genting Highlands with Johnson’s Play Days

Johnson’s invites families to participate in the Johnson’s Play Days contest and stand a chance…

3 days ago

BUY & WIN WITH BRUNO!

Your favourite snacks could bring home some amazing prizes worth up to RM10,000! Simply spend…

3 days ago

Peraduan Dettol x MR DIY Konnichiwa Getaway

From 1 November to 31 December 2026, Dettol invites shoppers to participate in the Konnichiwa…

3 days ago

Create Festive Moments Together and Win Exciting Prizes with Dolmio & MasterFoods at Mercato

From 15 November to 31 December 2026, Dolmio and MasterFoods invite you to celebrate "Festive…

3 days ago

Once You Pop, the Fun Don’t Stop: Win Smart Riding Luggage with Pringles

From 1 November to 31 December 2026, Pringles invites snack enthusiasts to participate in the…

3 days ago