Categories: Terkini

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)

Ramai yang tertanya apa itu UASA atau Ujian Akhir Sesi Akademik.

Ujian Akhir Sesi Akadmik atau singkatannya UASA adalah nama yang diberikan bagi peperiksaan utama untuk murid Tahun 4 hingga Tingkatan 6 di sekolah rendah dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 di sekolah menengah. Seperti yang diketahui umum, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah dimansuhkan pada tahun 2021 dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) juga telah dimansuhkan pada tahun 2022. Justeru itu Kementerian Pendidikan akan melaksanakan format baharu peperiksaan utama yang dikenali sebagai UASA mulai Januari 2023.

Ujian Akhir Sesi Akademik bertujuan untuk mengumpul dan mendapatkan maklumat mengenai tahap pencapaian akademik murid ataupun kandungan yang dipelajari setiap pelajar sepanjang sesi pembelajaran akademik. Ianya dapat memberi gambaran yang menyeluruh tentang perkembangan kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Sekaligus maklumat ini dapat membantu guru merancang dan menjalankan intervensi untuk membangunkan potensi murid.

Matapelajaran Sekolah Rendah yang terlibat dengan UASA :

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains
  5. Sejarah

Soalan : Apakah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)?

Jawapan: Dalam Ujian Akhir Sesi Akademik, Kemahiran kognitif/intelektual serta penguasaan murid-murid dalam setiap mata pelajaran akan dinilai. UASA akan dilaksanakan menerusi ujian bertulis sepenuhnya

Soalan : Murid Yang Terlibat Dengan UASA?

Jawapan : Murid-murid yang terlibat dalam UASA adalah seperti berikut :

Tahap 2 Sekolah Rendah : Tahun 4, 5 dan 6

Tahap 1 Sekolah Menengah : Tingkatan 1, 2 dan 3

1 / 8

BERSAMBUNG

admin

Recent Posts

Pertandingan Video Penceritaan Data & Poster Kreatif Peringkat Kebangsaan 2026

PERTANDINGAN VIDEO PENCERITAAN DATA & POSTER KREATIF KEBANGSAAN 2026 🎨✨ (National Data Storytelling Video &…

3 weeks ago

PERTANDINGAN MELAKAR REKA BENTUK BEDUK

Jom sertai Pertandingan Melakar Reka Bentuk Beduk! Ini peluang anda untuk menunjukkan bakat seni, budaya,…

3 weeks ago

PERTANDINGAN SENI KHAT

Tunjukkan bakat tulisan tangan dan keindahan seni khat anda dalam pertandingan ini! Hadiah wang tunai…

3 weeks ago

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…

2 months ago

Ringkasan Pertandingan iKOM Sains 2026

Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…

2 months ago

PERTANDINGAN GREEN INNOVATION SCIENCE PROJECT

Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…

2 months ago