MRSM dijangka akan dibuka permohonan pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 mulai minggu ke-4 Ogos 2021.
Calon yg LAYAK akan dipanggil untuk menduduki UKKM ( Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM). Terdapat pelbagai program yang ditawarkan oleh MRSM. Klik butang di bawah untuk ke laman Majlis Amanah Rakyat – MRSM.
Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 SBP Sekolah Berasrama Penuh KPM.
Seterusnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga akan mengumumkan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi tahun 2022 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kepada calon-calon atau mana-mana pemohon yang berkenaan.
SEKOLAH KHUSUS terdiri daripada:
Permohonan SEKOLAH KHUSUS di atas adalah secara SINGLE ENTRY-POINT mulai tahun 2020dan data maklumat murid perlu wujud di APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid).
Semua calon yang memohon akan menduduki PKSK ( Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus). Berdasarkan KPM, pada 2020, ujian PKSK ini akan merangkumi tiga bahagian iaitu :
Pelaksanaan Ujian kecerdasan insaniah dan kecerdasan intelektual adalah secara kaedah dalam talian atau online. Manakala bagi ujian artikulasi penulisan pula adalah secara bertulis
Panduan Dan Cara Buat Permohonan SBP Tahun 2022 Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4
1. Sila layari laman sistem rasmi permohonan SBP 2022 Tingkatan 1 dan Tingkatan 4,
klik pada pautan (link) di bawah.
Nota: Sistem Permohonan SBP bagi kemasukan tahun 2022 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh dan masa sepertimana ditetapkan.
2. Ibubapa / Penjaga dan Pemohon boleh mendapatkan semua maklumat lanjut berhubung dengan Panduan Permohonan di dalam laman Sistem Permohonan SBP tersebut.
Syarat Asas Kelayakan Kemasukan SBP 2022 Tingkatan 1
1. Murid mestilah warganegara Malaysia.
2. Merupakan murid Tahun 6 yang telah didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) pada Tahun 2021.
3. Hendaklah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK).
4. Murid yang sihat tubuh badan.
5. Murid yang aktif dalam penglibatan kokurikulum
Syarat Asas Kelayakan Kemasukan SBP 2022 Tingkatan 4
1. Murid mestilah warganegara Malaysia.
2. Merupakan murid tingkatan tiga dan telah didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) pada tahun 2021.
3. Hendaklah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK)
4. Murid yang sihat tubuh badan.
5. Murid yang aktif dalam penglibatan kokurikulum.
Maklumat dari sumber laman pendidikan atas talian.
Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…
MAKLUMAT PROGRAM Terbuka kepada pelajar IPTA & IPTS di seluruh Malaysia (Individu).Tempoh Penyertaan: 10 Ogos…
Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026, Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai…
TEMPOH : 03/08/2026 - 27/09/2026 Cara penyertaan : Pembelian minimum RM10 produk ZUS dalam satu…
Penganjuran edisi kedua ini adalah usaha sama strategik antara akhbar Harian Metro dan konglomerat automotif…
Korean dramas (K-dramas) have achieved massive global popularity through streaming platforms like Netflix, Disney+, and…